Tuesday, February 15, 2011

Keterikatan Yang Agung



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على محمد وعلى آله وأصحابه
وأولاده وأزواجه وذريته وأهل بيته
وأصهاره وأنصاره وأشياعه ومحبيه وأمته
وعلينا معهم أجمعين يا أرحم الراحمين
- Selawat al-Imam Hasan al-Bashri رحمة الله تعالى عليه


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته



"Sang Nabi sampai di `Arsy ar-Rahman tidak Diperintah untuk melepas sandalnya, bukan berarti sandalnya lebih mulia dari seluruh makhluk. Bagaimana Jibril عليه السلام kok tidak bisa naik tapi sandal Rasul صلى الله عليه وآله وسلم bisa sampai ke Hadirat ALLAH? Hingga muncul satu syair "Mana sih yang lebih mulia Jibril atau sandal Rasul? Kok sandal Rasul bisa sampai ke Hadirat ALLAH?"


Tentunya (sangat lebih mulia) Jibril عليه السلام, sandal hanya terbuat dari kulit kambing yang tidak ada artinya, tapi masalahnya karena terikat di kaki Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم! Ini adalah hukum taba`iyyah.


Tentunya pakaian Rasul صلى الله عليه وآله وسلم yang dipakai beliau bukan berarti lebih mulia dari semua makhluk, tapi karena hukum taba`iyyah yaitu terikat di pakaian Sang Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, nah kalau sandal yang terikat di kaki beliau bisa sampai ke Hadirat ALLAH, terlebih lagi jiwa yang terikat kepada Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم!"
- Taushiyah Habibana Munzir ibn Fuad al-Musawa حفظه الله تعالى



_______๑۩۞۩๑_______




Siapakah yang dirindui oleh RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم?


Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik diSini untuk mendengar atau muat-turun Taushiyah
al-Habib Dr. Ahmad ibn `AbduLlah al-Kaff حفظه الله تعالى *. Disampaikan sempena sambutan Maulidur Rasul صلى الله عليه وآله وسلم, yang telah berlangsung ditanah lapang bersebelahan Masjid Darul Aman, Singapura, pada pagi Ahad yang lalu, tanggal 13hb Februari 2011M.


SubhanALLAH... Makhluk yang bernama Matahari itu tiada henti-hentinya menjalankan tugas sebagaimana yang telah Diperintahkan oleh ALLAH سبحانه وتعالى. Kehadirannya kami rasakan hingga menyengat tubuh badan yang penuh dengan dosa ini. Namun, makhluk yang bernama Angin juga tidak mahu ketinggalan untuk menyertai kami di Majlis yang penuh barakah ini. Hembusannya menerpa kami, sehingga terasa sejuk mendamaikan hati disaat sedang tenggelam dalam lautan rindu kepadaNYA سبحانه وتعالى dan RasulNYA صلى الله عليه وآله وسلم, sambil mengaminkan doa nan indah yang dipanjatkan oleh al-Habib; tiada disertakan didalam rakaman *. SubhanALLAH...


Ya RABBana, rela kami kepanasan di sini, namun Jangan di sana, wahai ALLAH... Suburkanlah Majlis yang penuh barakah ini di bumi CiptaanMU, di timur hingga ke barat, sehingga tumbuh subur CintaMU dan Cinta RasulMU صلى الله عليه وآله وسلم di taman hati-hati kami. Semoga Majlis yang telah dan bakal diadakan, menjadi sebuah hadiah yang mengembirakan hati Nabi kami, wahai ALLAH. Inilah daripadaMU dan untukMU, maka Terimalah daripada kami dan Persampaikanlah kepada Nabi kami yang Mencintai kami; Nabi Muhammad ibn `AbdiLLah صلى الله عليه وآله وسلم. Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, ya Qarib, ya Mujib, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram wa bi jaahi Sayyidina Muhammadinil Habibil Mahbub صلى الله عليه وآله وسلم...



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Related Posts with Thumbnails