بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده
اللهم صل على سيدنا محمد السابق للخلق نوره
ورحمة للعالمين ظهوره عدد من مضى من خلقك ومن بقى
ومن سعد منهم ومن شقى صلاة تستغرق العد وتحيط بالحد
صلاة لا غاية لها ولا منتهى ولا أنقضاء صلاة دائمة بدوامك
وعلى آله وصحبه وسلم تسليماً مثل ذلك
- Selawat Sultanul Auliya asy-Syeikh `Abdul Qadir al-Jailani قدس الله سره
اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar
الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده
اللهم صل على سيدنا محمد السابق للخلق نوره
ورحمة للعالمين ظهوره عدد من مضى من خلقك ومن بقى
ومن سعد منهم ومن شقى صلاة تستغرق العد وتحيط بالحد
صلاة لا غاية لها ولا منتهى ولا أنقضاء صلاة دائمة بدوامك
وعلى آله وصحبه وسلم تسليماً مثل ذلك
- Selawat Sultanul Auliya asy-Syeikh `Abdul Qadir al-Jailani قدس الله سره
اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar
الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته

Al HamduliLlah, malam semalam, tanggal 28hb Mei 2011 di Masjid Ba`alwie Singapura, sebelum bermulanya Majlis yang penuh barakah iaitu Majlis Tahlil al-Marhum asy-Syeikh `Abdul Qadir Masooruddin al-Jailani رحمه الله تعالى; Ayahanda Maulana asy-Syeikh Afeefuddin al-Jailani, hamba telah mendapat doa khusus secara langsung dari al-Mukarram al-Habib as-Sayyid Hasan ibn Muhammad ibn Salim al-`Attas حفظهم الله تعالى.
SubhanALLAH, beliau sebagai Shohibul Bait, sebagaimana kita maklum, memainkan peranan penting dan dipenuhi pula dengan pelbagai tanggungjawab; memantau keadaan dsb, namun beliau sempatkan masa seketika untuk hamba. Al HamduliLlah, setelah hamba menyampaikan permintaan kepada Sidti Nora; salah seorang sukarelawan bagi pihak Muslimah, agar al-Habib sudi untuk mendoakan hamba yang hina dina ini sempena menyambut ulang tahun kelahiran hamba, beliau al-Habib, redha dan sudi.
SubhanALLAH, beliau dengan wajah tenang namun ceria, terus berjalan menghampiri hamba yang sedang berdiri berhampiran dengan salah sebuah pameran, iaitu di hadapan kain kelambu yang sangat indah bersulamkan surah Yaasiiin. Ianya pernah digunakan sebagai kain kelambu penutup maqam Sultanul `Auliya asy-Syeikh `Abdul Qadir al-Jailani قدس الله سره.

SubhanALLAH, ianya diatas KehendakNYA jua; al-Habib mungkin bisa berada dimana-mana di bahagian Masjid, namun ALLAH Mengkehendaki beliau al-Habib untuk mendoakan hamba disitu, di hadapan pameran tersebut. Lalu di tempat yang penuh barakah itu, beliau dengan sangat tawadhu` dan pemurahnya, mengangkat kedua tangan beliau mendoakan hamba yang hina dina ini, diantara doa yang beliau ucapkan, "بارك الله". Beliau akhiri doa dengan bacaan suratul Fatihah dihadiahkan kepada Baginda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Sebelum al-Habib beredar dari tempat itu, beliau meminta Anakandanya, Hubabah Najad, untuk memberikan sesuatu sebagai hadiah.
SubhanALLAH, beliau sangat patuh kepada perintah Ayahandanya al-Habib, seketika kemudian, hadiah itu sampai ke tangan penerima hadiah. Masya`ALLAH, demikian indahnya akhlaq beliau al-Habib dan Ahli keluarganya beserta sukarelawan mereka, segalanya terwariskan dari insan yang paling indah lagi teragung, Baginda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Al HamduliLlah, ianya mengingatkan hamba akan sebuah nasihat dari al-Quthub al-Habib `Abd al-Qadir bin Ahmad as-Saqqaf رحمه الله تعالى :
"Kegembiraan yang engkau masukkan dalam hatinya (saudaramu),
mengundang Rahmat ALLAH سبحانه وتعالى untuk dirimu..."
Al HamduliLlah, Majlis Tahlil dipimpin oleh Imam Besar Masjid Ba`alwie, al-Mukarram al-Habib as-Sayyid Hasan ibn Muhammad ibn Salim al-`Attas, diikuti dengan penyampaian taushiyah dari Maulana asy-Syeikh Afeefuddin al-Jailani, juga taushiyah ringkas dari al-Habib sendiri, dan diikuti dengan sebuah doa yang dilantunkan dalam bentuk qasidah oleh al-Habib Hud al-Haddad, Majlis diakhiri dengan Solat Isya` berjema`ah dan Solat Ghaib; dikhabarkan bahwa salah seorang dari kekasih ALLAH telah pulang kerahmatuLlah, doa penutup dan jamuan. Majlis turut diserikan dengan kehadiran para Ulama` dari Singapura yang diantaranya mantan Mufti Singapura, as-Sayyid Isa ibn Semait حفظهم الله تعالى.
Masya`ALLAH wal HamduliLlah... Semoga Majlis tersebut dan semua Majlis-majlis yang khair, yang telah dan bakal diadakan, Diterima dan Diberkahi ALLAH سبحانه وتعالى. Semoga mereka dan kita semua dalam Perliharaan dan Perlindungan, Redha dan Rindu ALLAH سبحانه وتعالى, dan Dipertemukan kembali disana dengan Baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم, di dalam Istana termegah iaitu Istana Baginda Nabi Muhammad ibn `AbdiLlah صلى الله عليه وآله وسلم. Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, ya Qarib, ya Mujib, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram wa bi jaahi Sayyidina Muhammadinil Habibil Mahbub dan dengan barakah para `Auliya , para Ulama` dan para Shalihin. al-Fatihah...
اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور
ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين
بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور
ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين
بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب