Monday, May 9, 2011

Dihargai Dan Dilihat Oleh ALLAH سبحانه وتعالى



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على نور الأنور وسر الأسرار وترياق الأغيار
ومفتاح باب اليسار سيدنا و مولانا محمد المختار
وآله الأطهار وأصحابه الأخيار عدد نعم الله وأفضاله

- Selawat asy-Syeikh Ahmad al-Badawi / Selawat Nur / Selawat Anwaar dan Asror


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته







"Diriwayatkan di dalam "Syi`bul Iman" oleh al-Imam Baihaqi juga di dalam tafsir Imam Qurthubi رحمه الله تعالى, ketika seekor katak tidak tahan melihat Nabi Ibrahim عليه السلام mau dibakar oleh Raja Namrud, (padahal) tidak bisa berbuat apa-apa seekor katak, ia hanya menaruh air di mulutnya. Berapakah besar mulutnya katak mau memadamkan apinya Ibrahim عليه السلام?



(Api menyala) lebih besar dari bukit, katak mengambil air dari sungai dan melompat-lompat dan menyemburkan air itu ke api, tidak berguna perbuatan katak itu, tidak akan bisa memadamkan api, tapi Yang Maha Melihat, (tetap) Melihat!! ALLAH سبحانه وتعالى Melihat jiwa seekor katak yang kecil yang tidak dilihat oleh makhluk lainnya. ALLAH سبحانه وتعالى Tahu niat daripada hambaNYA yang kecil itu, cintanya kepada NabiyuLlah Ibrahim عليه السلام dan niatnya menyelamatkan Nabi Ibrahim عليه السلام (padahal Nabi Ibrahim عليه السلام sudah Dilindungi oleh ALLAH), maka ALLAH Mengharamkan katak untuk dibunuh sampai akhir zaman.



Semua katak, padahal ini perbuatan satu saja. Yang berbuat satu, semua katak sampai akhir zaman haram dibunuh. Sampai diriwayatkan lebih dari 20 hadits, pelarangan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم membunuh katak sehingga para Sahabat datang kepada Rasul صلى الله عليه وآله وسلم mengajukan pertanyaan, "Ada katanya jenis obat tapi diambil dari katak, harus membunuh katak," dan Rasul صلى الله عليه وآله وسلم melarangnya. Jangan jadikan pengobatan dari katak. Kenapa? Karena katak Dilindungi sampai akhir zaman. Kenapa? Satu diantaranya pernah ingin menyelamatkan Nabi Ibrahim عليه السلام.



Lihat ALLAH Menghargai keinginan mulia, walaupun tidak bisa berbuat apa-apa, walaupun tidak bisa merubah keadaan tetapi hal itu Dihargai oleh ALLAH dan Dilihat.



Lebih-lebih lagi orang-orang yang mencintai Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم, Pemimpin Para Nabi dan Rasul. Dan orang-orang yang membantu apa-apa yang diperjuangkan oleh Rasul صلى الله عليه وآله وسلم. Perbuatannya tidak berarti barangkali tapi itu usaha yang Dihargai oleh ALLAH سبحانه وتعالى." - Dari kitab "70 Kumpulan Tausiah al-Habib Munzir al-Musawa حفظه الله تعالى". Al HamduliLlah, syukran jazilan kepada Ukhtina Yusfizah diatas kitab yang penuh barakah ini بارك الله فيها





_______๑۩۞۩๑_______




~ Al-Fatihah untuk al-Marhum asy-Syeikh Ibrahim bin Ahmad Abu Hasyim رحمه الله تعالى, yang telah pulang ke RahmatuLlah pada hari Selasa, tanggal 03hb Mei 2011M. Semoga ruh beliau dan mereka yang telah pulang ke RahmatuLlah, Diterima, Diredhai, Dilimpahi Rahmat dan RahimNYA, ALLAH جل جلاله dan ditempatkan bersama-sama para Nabiyyin, Shiddiqin, Syuhada`, Shalihin, Muqarrabin dan KekasihNYA, Baginda RasuluLlah ﷺ. Amiin Amiin Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb,
Ya Rahman, Ya Rahim, ya Qarib, ya Mujib, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram
wa bi jaahi Sayyidina Muhammadinil Habibil Mahbub ﷺ... al-Fatihah





اللهم اغفر لهم وارحمهم وعافهم واعف عنهم
برحمتك يا أرحم الراحمين


اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

0 Ulasan:

Related Posts with Thumbnails