"Seseorang Akan Bersama Orang Yang Ia Cintai"


Janji RasuluLlah ﷺ bahwa semua akan bersama orang yang ia cintai dihari kiamat. Semoga kita hidup dan wafat dalam cinta kepada RasuluLlah ﷺ dan para Ulama` Shalihin. Amiin ALLAHumma amiin. Al-Fatihah.

Koleksi Selawat Dalam Blog Ini


Terjemahan serta syarahan oleh asy-Syeikh Yusuf ibn Ismail an-Nabhani RahimahuLlah.

Monday, March 30, 2009

Our Thoughts & Doa`s Are With You



بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين


اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها
وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها
وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Syifa` / Thibbul Qulub


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته




Please make doa for our dearest Ukhti FiLlah, Syarifah Fatimah Syed `Abdul Qadir.
Being warded at the Kuala Terengganu Hospital, she`s now in delicate condition.
Kindly refer ustazah al-Bazrah, ustazah al-Qasam or ustaz al-Fanshuri`s blog for more details.



May ALLAH `Azzawajalla grant her strong iman, sabr, perseverance, courage,
`afiah and maghfirah. And to her dear ones, may ALLAH `Azzawajalla grant them
strong iman and sabr during this tough and testing period. Al-Fatihah binniat syifa`
wa ilaa hadratinNabi ShalALLAHu`alaihiwasalam, al-Fatihah...


May ALLAH `Azzawajalla Bless each and every kind soul.


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Friday, March 27, 2009

Rakaman Majlis Maulid & Ta`lim (I)



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الرؤوف الرحيم
ذي الخلق العظيم وعلى آله وأصحابه وأزواجه
في كل لحظة عدد كل حادث وقديم

- Selawat ar-Ra`uf ar-Rahim


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






Dzikr Akbar Maulid Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم bersama al-Habib Munzir ibn Fuad al-Musawa
حفظه الله تعالى di Masjid Istiqlal, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 09hb March 2009M.






Taushiyah Habibana Munzir ibn Fuad Almusawa حفظه الله تعالى telah disampaikan
di Masjid Almunawar, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 16hb March 2009M.






Taushiyah al-Habib Musa Kadhim as-Saqqaf dan al-Habib Munzir Fuad al-Musawa حفظه الله تعالى dengan terjemahan oleh asy-Syeikh Ridwan al-Amri حفظه الله تعالى
di Masjid Almunawar, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 23hb March 2009M.
Insya`ALLAH, ziarahi hamba juga di Vimeo.




بارك الله فيكم والله تعالى أعلم بالصواب

Wednesday, March 25, 2009

Sambutan Maulidur Rasul صلى الله عليه وسلم Bersama Guru Yang Mulia



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد صلاة تنجينا بها من جميع
الأهوال وا لأفات وتقضى لنا بها جميع الحاجات وتطهرنا
بهامن جميع السيئات وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات
وتبلغنا بها أ قصى الغايات من جميع الخيرات فى الحيا ة
وبعد الممات وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Munjiyyah


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته



Al HamduliLlah, segala Puji keatasNYA dan Syukur diatas ni`mat Iman dan Islam, yang telah melanjutkan usia kita sehari lagi untuk kita beribadah dan bertaubat kepadaNYA, yang telah memberikan kita kesihatan tubuh badan dan sesungguh nya kepadaNYA jualah tempat kita kembali...

Insya`ALLAH, kerinduan kita kepada kedatangan Guru Mulia bakal terubat dan terawat pada hujung minggu ini, kerna beliau al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki حفظه الله تعالى, akan turut sama menyerikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul صلى الله عليه وسلم di Negera kita yang kerdil ini. Disamping itu, menyambung kembali pengajian kitab "40 Mutiara Hadiths dari 40 buah Kitab" secara bertalaqqi. Hadirkanlah diri mu ke Taman-taman SyurgaNYA ini.


Tarikh : Ahad, 29hb March Waktu : 9 pagi Tempat : Masjid Mujahidin
Tarikh : Ahad, 29hb March Waktu : selepas Isya` Tempat : Masjid al-Mukminin
Tarikh : Isnin, 30hb March Waktu : 10 pagi Tempat : Masjid Sultan (Auditorium)


Semoga ALLAH عز و جل Meredhai, Menerima dan Memberkati segala usaha baik mereka yang telah menjayakan Majlis-majlis yang mulia seperti ini secara langsung mahupun tidak, menetapkan keimanan mereka dan meningkatkan ketaqwaan mereka dan dikurniakan mereka `afiah serta Maghfirah dan juga sebaik-baik ganjaran pada zahir dan batin mereka, di dunia mahupun di Akhirat.


Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim...
Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram...


Tiada daya dan tiada upaya kecuali dengan pertolongan ALLAH yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Wahai yang mempunyai Tali yang sangat kuat dan urusan yang benar, kami memohon kepadaMU keamanan di hari ancaman dan Syurga yang berkekalan beserta dengan orang-orang yang dekat denganMU juga orang-orang yang bersaksi, orang-orang yang banyak meruku` dan bersujud, dan orang-orang yang menepati janji-janji kepadaMU. Sesungguh nya Engkau Maha Penyayang lagi Maha Mencintai dan Engkau Melaksanakan apa-apa yang Engkau Kehendaki.


Wahai ALLAH, hidupkanlah kami diatas Agama Islam dan Sunnah dan matikanlah kami dalam keadaan Iman dan taubat. Wahai ALLAH, bukakanlah kami pintu-pintu kebaikan dan pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu keni`matan, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu kedamaian, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu `ilmu dan bukakanlah kami pintu-pintu keampunan serta pintu-pintu Syurga wahai Dzat yang Maha Pengasih dari semua yang memiliki sifat kasih sayang.


Wahai ALLAH, aku meminta kepadaMU Redha dan SyurgaMU dan aku memohon PerlindunganMU dari KemurkaanMU dan api Neraka, Wahai ALLAH, aku meminta kepadaMU Redha dan SyurgaMU dan aku memohon PerlindunganMU dari KemurkaanMU dan api Neraka, Wahai ALLAH, aku meminta kepadaMU Redha dan SyurgaMU dan aku memohon PerlindunganMU dari KemurkaanMU dan api Neraka.


Wahai ALLAH, janganlah Engkau serahkan diri kami kepada diri kami sendiri walaupun sekelip mata. Wahai ALLAH, janganlah Engkau serahkan diri kami kepada diri kami sendiri walaupun sekelip mata. Wahai ALLAH, janganlah Engkau serahkan diri kami kepada diri kami sendiri walaupun sekelip mata. Wahai ALLAH, janganlah biarkan bagi kami sesuatu dosa melainkan Engkau Hapuskan, tiada kesukaran melainkan Engkau Lapangkan, tiada seseorang sakit melainkan Engkau Sembuhkan, tiada seseorang seteru melainkan Engkau kecewakan, tiada seseorang jahil melainkan Engkau ajarkan dan tiada sesuatu hajat melainkan Engkau tunaikan demi RahmatMU wahai Tuhan yang Maha Luas Rahmat dan belas KasihanNYA.



وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Monday, March 23, 2009

Wasiat Dari Guru Yang Mulia



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على نور الأنور وسر الأسرار وترياق الأغيار
ومفتاح باب اليسار سيدنا و مولانا محمد المختار
وآله الأطهار وأصحابه الأخيار عدد نعم الله وأفضاله

- Selawat asy-Syeikh Ahmad al-Badawi / Selawat Nur / Selawat Anwaar dan Asror


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





Insya`ALLAH, berikut adalah sambungan dari sedutan yang lalu : "Mereka ahli bagi perasaan dan pengajaran sebegini, adalah mereka yang hidup dengan hati yang terpelihara dari dendam dan hasad. Hati terpelihara dari takabbur dan berbangga diri. Hati terpelihara dari marah dan bermusuhan. Hati terpelihara dari ria` dan pentingkan diri sendiri.


Pemeliharaan dalam hati yang sebegini menjadikan orang itu dalam kefakiran nya bertaqwa jika dia fakir miskin. Bertaqwa dalam kekayaan jika dia kaya, bertaqwa dalam pemerintahan jika dia adalah Pemimpin, bertaqwa dalam pengajaran nya jika dia seorang Guru, bertaqwa dalam pembelajaran nya jika dia seorang Pelajar, bertaqwa dalam kejuteraan nya jika dia seorang Jurutera, bertaqwa dalam penerimaan dan pemberiaan nya, jualan dan belian nya, terima dan tolak nya serta dalam semua keadaan dengan hati yang elok, maka eloklah jasad keseluruhan nya.


Semua lapisan manusia menjauhi dari kezaliman ini. Begitu juga dari kesilapan ini daripada kerosakan itu juga, iaitu yang konon nya dinamakan sebagai tamadun. Begitu juga kemajuan sepanjang lipatan sejarah daripada mereka terputus hubungan nya dengan ALLAH Ta`ala. Tamadun dan kemajuan mereka hanya berakhir dengan tersebar nya kerosakan dalam akhlaq dan pemikiran. Begitu juga tersebar nya kezaliman, sikap melampau dan permusuhan serta mengambil hak orang lain dari tanah, harta, maruah dan lain-lain nya. Kemudian nya, mereka menjadi ukuran untuk generasi seterus nya. Tetapi betapa pantas nya akal manusia untuk tertipu serta lupakan Kuasa ALLAH yang Maha Besar. Seakan-akan dia tidak mengambil apa-apa pengajaran dalam dunia ini. Dia kembali kali kedua ke dalam untuk tertipu dan dipermainkan, begitu juga membenarkan kata-kata yang dusta, begitu juga membenarkan pembohongan dan dakwaan-dakwaan. Ini semua terhasil disebabkan kelalaian di dalam hati.


Ikatan hati kita dengan `ilmu, agama dan kebaikan mengelakkan hati-hati dari kelalaian ini. Maka kita sentiasa berhubung dengan ALLAH yang Maha Tinggi, maka kita didekatkan denganNYA disebabkan dekat nya hati. Dikatakan mereka yang bersedia menerima Rahmat ALLAH dan BantuanNYA di sekitar Ka`abah al-Musyarrafah, betapa ramai orang yang jasad nya berdekatan dengan Ka`abah al-Musyarrafah menjadi jauh, betapa ramai orang yang jasad nya berjauhan dari Ka`abah al-Musyarrafah menjadi dekat. Orang-orang yang jasad nya berdekatan dengan Ka`abah al-Musyarrafah sedangkan dianya lalai dari ALLAH, redha dengan maksiat kepada ALLAH, membelakangi Syari`at ALLAH dan melengah-lengahkan Perintah ALLAH. Mereka tidak mendapat apa-apa habuan dari Rahmat yang bercucuran itu.


Sedangkan orang di tempat yang jauh dari Ka`abah al-Musyarrafah, hati nya membesarkan ALLAH. Membesarkan Ka`abah kerna ALLAH. Bercita-cita untuk tawaf sekeliling nya siang dan malam, dia walaupun di tempat nya tetap tunduk, khusyu` dan hati nya bertaut pada Tuhan. Tidaklah Rahmat itu turun ke atas Ka`abah, melainkan ALLAH menyediakan bagi nya habuan itu kerna tautan hati nya pada ALLAH dan Rumah ALLAH Ta`ala.


Telah diceritakan, kalaulah seorang hamba itu berdiri iaitu mendirikan kedua kaki nya di hadapan Ka`abah kerna beribadat pada ALLAH antara Rukun dan Maqam Ibrahim `Alaihisalam disisi Ka`abah selama 70 tahun dan kemudian nya dia meninggal dunia. ALLAH tidak akan Himpunkan nya melainkan bersama orang yang disayangi. ALLAH tidak akan Himpunkan nya melainkan bersama orang yang disayangi. Sesiapa yang hati nya sayang pada nya, sesiapa yang dirasakan dalam perasaan nya, sesiapa yang dia cenderung pada nya dalam batin nya, ini adalah perkara hati wahai orang yang beriman.


Jelaslah apa yang ada pada hati kita, peringkat kasih pada ALLAH, bagaimana kita kasihkanNYA. Pada martabat manakah kita kasihkanNYA begitu juga kasih sayang kita pada RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam. Niat kita dalam Majlis ini, menyatakan sejauh manakah kita cintakan ALLAH dan RasulNYA. Keadaan dan amalan kita di rumah-rumah menerangkan kadar kasih sayang kita pada ALLAH dan RasuluLlah Muhammad ShalALLAHu`alaihiwasalam. Iman kita adalah sekadar kasih sayang serta dekat nya kita pada ALLAH dan RasulNYA berdasarkan kasih sayang ini. Kedudukan kita di dalam Syurga pun berdasarkan kasih sayang ini. Selamat nya kita dari seksaan pun berdasarkan kasih sayang ini.


Oleh itu, orang-orang yang `Arif, ahli Taqarrub dan para Shalihin dari zaman Sahabat RadhiALLAHu`anhum wa Radhu`anh lagi sehingga ke hari ini tidak menyedari dari kebenaran kasih sayang terhadap ALLAH dan RasulNYA walaupun sedikit. Mereka menjadikan setiap amalan, martabat nya dan darjat nya berdasarkan kekuatan atau kelemahan kasih sayang ini. Perlulah bagi sesiapa yang mencari kebahagiaan hebat untuk memeriksa kasih sayang nya terhadap ALLAH dan RasulNYA di dalam hati dan sanubari nya. Kemudian, dia mendirikan nya seperti yang dikehendaki.


Sesiapa yang bermalam pada malam hari dalam keadaan lalai, nescaya ahli keluarga nya terdedah pada benda-benda yang mengharamkan. ALLAH dan RasulNYA tidak Memberi bantuan dalam rumah tersebut, dia tidak dapat meningkat kepada martabat yang baik dalam rumah sebegini, dia tidak dapat merealisasikan tuntutan iman yang sebenar nya dalam rumah ini. Sesiapa yang berpagian sedang antara anak-anak nya ada yang melewatkan solat dari waktu nya serta tidak memperdulikan nya, matahari naik dan mereka tidak menunaikan solat fardhu ataupun dari kalangan anak-anak nya ada yang bertutur dengan percakapan yang diharamkan samada mengumpat atau melaknat atau mencaci atau mencela sedang dia tidak menghiraukan nya. Ada dari kalangan mereka yang berpengetahuan nya serta pemikiran nya terpengaruh dengan perkara-perkara dari program mereka yang fasik dan kafir sedang dia tidak menghiraukan nya, nescaya ALLAH dan RasulNYA tidak akan Membantu nya dalam rumahtangga nya dan dia tidak akan bangun untuk membantu ALLAH dan RasulNYA dalam rumahtangga tersebut.


Ada seorang Ulama` terkini yang berhikmah menetap di Jordan berkata bahawa televisyen tidak dimasukkan ke dalam rumah nya kerna mengetahui bahaya dan kesan nya. Juga kerna kewajiban berjaga-jaga dan kebanyakan manusia tidak berbuat demikian. Ada beberapa anak nya berkata kepada nya :
"Wahai ayahku! Kita masukkan televisyen dengan syarat, kami tidak akan membuka nya kecuali pada waktu tertentu dan program-program tertentu."


Dia berkata :
"Wahai anak-anakku! Ayah hanya ada satu syarat sahja dan aku tidak ada halangan untuk kamu memasukkan televisyen. Masukkan televisyen itu ke dalam rumah tetapi, kamu berada dalam satu rumah dan anak-anakku ada yang lelaki sudah remaja dan perempuan pun remaja dalam rumah ini. Syaratku yang satu itu, apabila terbit nya gambar perempuan, tutuplah televisyen itu supaya anak-anak lelaki tidak mendapat fitnah dengan melihat nya. Apabila terbit nya gambar lelaki, tutuplah televisyen itu supaya saudara perempuanmu yang remaja tidak mendapat fitnah kerna melihat nya. Inilah satu-satu syarat. Tiada selain nya."


Mereka berkata :
"Jadi kami tidak akan membawa masuk televisyen itu." - "Itu sahja syarat nya. Kamu lihatlah! Aku tidak menghalang kamu. Aku tidak zalim dengan menghalangmu. Bukan juga kerna kedekut dengan kamu semua. Bukan juga kerna kurang sayang nya aku pada kamu semua, aku menghalang kamu semua sebab yang berkaitan dengan kasih sayang dan pendidikan kamu semua, bersangkut-paut dengan hati kamu dan kaitan dengan ALLAH Ta`ala."


Mereka berkata :

"Inilah syaratmu dan kamu tidak akan membawa nya serta tidak juga akan pergi kepada nya."


Sekurang-kurang nya, kita berjaga-jaga dengan apa yang berlaku.. Begitu juga kandungan dalam kaset-kaset, majalah dan buku-buku di dalam rumah. Bagaimanakah hati dan akal dapat menerima dengan apa yang dibawa nya dari dunia ini yang jahat samada fasik, kafir dan jauh dari ALLAH? Antara mereka ada yang tidak beriman dengan ALLAH. Antara mereka ada yang hanya solat satu raka`at kemudian nya dia menulis kisah atau petikan memain fikiran anak-anakku dengan nya. Aku tidak akan membiarkan mereka membaca apa sahja dan mengambil apa sahja, menonton setiap siaran yang mereka inginkan. Siapakah ayah dalam keluarga ini? Apakah agama pemilik rumah ini? Apakah dasar nya? Apakah tanggungjawab nya? Apakah peranan nya dalam kehidupan ini? Inilah kewajipan terjemahan dari kasih sayang yang sebenar pada ALLAH dan RasulNYA.


Barangsiapa yang sayangkan ALLAH dan RasulNYA, nescaya perasaan sukakan maksiat keluar dari hati nya. Begitu juga keluar nya perasaan suka nya pada menentang Larangan ALLAH, kemudian dia hidup dalam ketaqwaan, memilih kawan-kawan yang baik. YA ALLAH! Selamatkan kami dan sedarkan kami serta orang-orang Islam.


ALLAH Ta`ala tidak Menghimpunkan kita pada ketika ini, melainkan Dia mahu Mengasihani kita, Melihat kepada kita, Memberi kita dari PemberiaanNYA dan Mengampunkan kita. Ya ALLAH! Muliakan kami pada Majlis ini. Muliakan kami pada waktu ini. Muliakan kami pada tempat ini, wahai Tuhan yang Maha Pemurah.


Bersedialah wahai hadirin, bersedialah dengan niatmu dengan hala tujumu supaya ALLAH Mengkhususkan kamu dengan habuan yang hebat dari RahmatNYA dalam Majlis ini. Kamu jaga dan hatimu telah bersih, kamu sedari Dia telah memaafkan dosa-dosamu, kamu sedari Dia telah Mendekatkanmu, kamu sedari Dia telah menyediakan kemuliaan bagimu. Inilah waktu mengaut keuntungan dan waktu kemenangan. Azamlah bersungguh-sungguh untuk berjaya membesarkanNYA dan PerintahNYA. Jangan lupakan dirimu dari al-Quran supaya menghayati makna nya, begitu juga dzikr-dzikr pada pagi dan petang walaupun sedikit dan hadirkan hatimu di dalam nya.


Kemudian perhatikan dalam didikan keluargamu dan rumahtanggamu. Kemudian berwaspadalah! Kemudian berwaspadalah! Kemudian berwaspadalah! Dari mengambil hak-hak orang lain, orang Muslim dan kafir. Jangan melampaui hak-hak orang lain sesungguh nya ALLAH yang Maha Esa Menjaga hak-hak MakhlukNYA. Barangsiapa melampaui hak-hak orang lain, ALLAH akan berdendam dengan nya, ALLAH akan berdendam dengan nya.


ALLAH berfirman di dalam hadiths Qudsi :
"Akulah ALLAH. Maha Pemilik, Menguasai lagi Maha `Adil. Yang mana tidak sepatut nya seseorang ahli Syurga berkata pada hari Kiamat, yang mana tidak sepatut nya seseorang ahli Syurga memasuki nya sedang dia menzalimi seseorang dari ahli neraka walaupun satu tamparan dan yang lebih dari nya sehingga Aku mengambil dari nya (balasan). Tidak sepatut nya seseorang ahli neraka memasuki nya sedangkan dia menzalimi seseorang dari ahli Syurga walaupun satu tamparan dan yang lebih dari nya."


Maka, berjaga-jagalah dari mengambil hak-hak orang lain. Jauhilah cacian, mengumpat, melaknat, menyakiti orang yang hidup dan mati. Jadilah sepertimana ALLAH berfirman pada perihal mereka :
"Dan datang selepas mereka itu mereka berkata : "Tuhan kami ampunilah kami serta saudara-mara kami yang telah lalu sebelum kami dengan iman. Janganlah Kamu jadikan pada hati-hati kami dendam bagi orang-orang yang beriman, Tuhan kami, Engkaulah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.""


Kemudian, bertolong-tolonglah pada `ilmu syari`ah bagi anak-anak kamu dan mengambil peluang ketika cuti sekolah yang rasmi untuk setiap seseorang; mereka mendapat habuan nya dan menambat setiap hati-hati dengan cahaya-cahaya itu supaya kita benar-benar cintakan ALLAH dan RasulNYA. Kita memohon dari ALLAH supaya Memberkati kita dengan TaufiqNYA. Ya ALLAH! Muliakan kami dan mereka dengan penerimaan yang sebenar nya supaya perhimpunan ini diterima. Balaslah Imam Masjid ini dengan balasan yang terbaik. Begitu juga mereka yang berkhidmat pada Masjid ini, maka panjangkan umur mereka dalam mentaatiMU dan RasulMU. Bantulah mereka dengan `afiat dan Taufiq. Lihatlah pada kami, mereka, keluarga kami, anak-anak kami dan setiap hadirin dalam Majlis ini dari kalangan lelaki dan perempuan, janganlah Engkau pisahkan mereka kecuali diterima olehMU, janganlah Engkau pisahkan mereka kecuali diterima olehMU, janganlah Engkau pisahkan mereka kecuali diterima olehMU serta ditunjukkan ke arah keredhaanMU.


Wahai Tuhan kami! Terimalah kami dan mereka. Wahai Tuhan kami! Bantulah kami dan mereka. Wahai Tuhan kami! Bersihkan hati-hati kami dan mereka. Wahai Tuhan kami! Sucikan peribadi kami dan mereka. Wahai Tuhan kami! Jadikan kami dari golongan mereka yang saling menyayangi kernaMU. Berhimpun pada sesuatu yang Engkau Redhai yang mana Engkau Serukan mereka pada hari Kiamat :
"Manakah mereka yang saling menyayangi kernaKU? Manakah mereka yang saling bermesra kernaKU? Hari ini mereka berada dalam LindunganKU pada hari yang tiada lindungan kecuali LindunganKU."


Ya ALLAH! Jadikan kami dari mereka, Ya ALLAH! Jadikan kami dari mereka, Ya ALLAH! Jadikan kami dari mereka dengan RahmatMU wahai yang Maha Pengasihani. Baiki keadaan orang-orang Islam di Malaysia dalam negeri-negeri dan setiap negara orang-orang Islam. Keseluruhan bumi ini panjang dan lebar nya, bantulah kami untuk menunaikan amanah dalam dakwah dan menyeru padaMU. Jadikan kami dari golongan yang membantuMU dan membantu RasulMU serta tulus dalam mencintaiMU dan mencintai RasulMU dengan RahmatMU wahai yang Maha Pengasihani."



وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم والله تعالى أعلم بالصواب

Thursday, March 19, 2009

Kembalilah...



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





Maha Suci ALLAH Penguasa Keabadian di bentangan jagad raya semesta, Maha Suci ALLAH Yang Maha Menghamparkan Angkasa Raya dengan Cahaya yang senantiasa berpijar mencerminkan keindahan NYA, Maha Suci ALLAH Yang Maha Mengasuh dan mengayomi pengaturan segenap makhuk NYA dilangit dan bumi,
"Maka Bertasbih Pada-NYA Seluruh Apa Yang di Langit dan bumi dan Dia Maha Perkasa dan Maha Menghakimi."(Surat Al-Hasyr ayat 24)

Maka merugilah orang-orang yang bermaksiat kepada NYA, karena setiap dosa berarti pengingkaran atas NYA, dan Alam semesta ini tidak rela dengan pengingkaran atas ALLAH عز و جل, sebagaimana firman NYA menceritakan bahwa Alam ini akan runtuh dan hancur karena dosa manusia yang menantang kemurkaan NYA.
"Hampir Saja Langit Itu Pecah, dan Bumi Terbelah dan Gunung-Gunung Hancur, Ketika Mereka Mengatakan Bahwa ALLAH Mempunyai Putra." (Surat Maryam ayat 90-91)

Ayat ini menjelaskan bahwa alam semesta ini marah dengan pengingkaran manusia dimuka Bumi, namun ALLAH menghendaki agar alam ini bertahan dari kehancuran, maka ketika seorang hamba bermaksiat dengan anggota tubuhnya yang tentunya anggota tubuhnya itupun makhluk hidup yang milik ALLAH عز و جل, sebagaimana kita ketahui bahwa tubuh kita ini merupakan rangkaian milyaran sel hidup yang masing-masing bertugas dengan tugasnya masing-masing, dan bila kita berdosa misalnya dengan lidah kita, maka berapa milyar sel yang kita libatkan dalam kehinaan?


Bagaikan seorang pemimpin yang berbuat jahat dan kelicikan maka tentunya semua pegawainya yang terlibat turut mendapat tuntutan, demikian pula bila kita ingin minum, padahal tubuh kita yang perlu minum namun tangan kita terlibat untuk mengambil air. Maka terlibatlah milyaran sel tubuh kita dalam dosa…


Merugilah mereka yang wafat dalam dosa dan belum sempat bertaubat, maka ia terkubur membawa seluruh dendam milyaran sel tubuhnya, terkubur membawa dendam Bumi, air, api, makanan, dan apa saja yang ia kotori dengan dosa dimasa hidupnya, setiap suap makan kita yang kita gunakan untuk maksiat akan menjadi dendam dan penuntutan mereka dihadapan ALLAH, demikian pula setiap debu yang kita injak, setiap teguk air, dan semua yang kita libatkan dalam dosa di alam ALLAH ini, bagaikan rakyat yang dilibatkan pengingkaran oleh seorang abdi raja, ditipu, dizalimi, mereka semua akan menuntut dihadapan Raja Alam semesta di hari Kebangkitan. Betapa menyedihkan mereka dihari kiamat, belum lagi dituntut oleh orang-orang yang mereka zalimi dimasa hidupnya, orang-orang yang mereka gunjing, yang mereka caci, maka ketika seorang hamba menghadap dihadapan ALLAH membawa kitab amalnya, ia melihat dan berkata :
"Wahai Tuhanku, aku pernah beramal ini dan itu namun mengapa catatannya tidak ada dalam kitab amalku ?", Maka ALLAH menjawab : "Engkau menzalimi fulan, mengumpat fulan, menggunjing fulan, mengambil harta fulan, mengganggu fulan, menipu fulan, maka amal-amalmu banyak yang tercabut dan dipindahkan untuk mereka." Maka hamba itupun melihat-lihat lagi kitab amalnya dengan sedih, lalu ia berkata lagi : "Wahai Tuhanku, ini dosa-dosa banyak tercatat dalam kitabku dan ini tidak pernah kulakukan", Maka ALLAH menjawab : "Itu dosa-dosa orang yang kau zalimi dipindahkan pada kitab amalmu". Maka tercabutlah pahala-pahala yang telah mereka perjuangkan di masa hidupnya, tercabut sebab ucapannya, sebab caciannya, sebab dosa-dosanya."




Beruntunglah mereka yang selalu mensucikan dirinya dengan istighfar, sering hadir di majelis taklim dan majelis dzikr, maka mereka selalu dibersihkan dosa-dosanya oleh Yang Tunggal Memiliki Pengampunan, Beruntunglah para pencinta Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.. Karena sabda Rasul صلى الله عليه وسلم :
"Seseorang akan bersama orang yang ia cintai." (Shahih Bukhari dan Muslim)

Beruntunglah mereka yang mengikuti jejak para sahabat رضي الله تعالى عنهم أجمعين, Betapa mulianya para sahabat dan betapa agungnya kecintaan mereka pada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم, Bahkan wafat mereka pun selalu ingin dekat dengan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم, bagaikan anak manja yang tak ingin jauh dari ibunya dalam segala keadaan, sebagaimana diriwayatkan ketika Rasul صلى الله عليه وسلم baru saja mendapat hadiah selendang pakaian bagus dari seorang wanita tua, lalu datang pula orang lain yang segera memintanya selagi pakaian itu dipakai oleh Rasul صلى الله عليه وسلم, maka riuhlah para sahabat lainnya menegur si peminta, maka sahabat itu berkata :
"Aku memintanya untuk kafanku nanti." (Shahih Bukhari)

Demikian cintanya para sahabat pada Nabinya صلى الله عليه وسلم, sampai kain kafan pun mereka ingin yang bekas sentuhan tubuh Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.


Para sahabat adalah orang-orang yang dicintai ALLAH, demikian pula dari zaman ke zaman para pencinta Rasul صلى الله عليه وسلم terus asyik dalam keluhuran, mereka tak mahu pisah dengan Nabi صلى الله عليه وسلم sebagaimana anak dengan ibunya, bahkan Umar ibn Khattab رضي الله تعالى عنه berwasiat untuk dimakamkan disebelah Rasul صلى الله عليه وسلم, dan ia berkata :
"Tiada yang lebih penting bagiku selain dimakamkan berdampingan dengan Nabi صلى الله عليه وسلم." (Shahih Bukhari)

Demikian pula Abu Bakar as-Shiddiq رضي الله تعالى عنه, yang saat Rasul صلى الله عليه وسلم wafat maka ia membuka kain penutup wajah Nabi صلى الله عليه وسلم lalu memeluknya dengan derai tangis seraya menciumi beliau صلى الله عليه وسلم dan berkata :
"Demi ayahku, dan engkau wahai RasuluLlah..., Tiada akan ALLAH jadikan dua kematian atasmu, maka kematian yang telah dituliskan ALLAH untukmu, kini telah kau lewati." (Shahih Bukhari)

Adakah kita ingin termuliakan bersama para sahabat dalam mencintai Nabi صلى الله عليه وسلم? Para sahabat bukanlah pasukan pembunuh yang hanya mengenal pedang dan perang, mereka bukan kelompok Barbar pemuja setan yang selalu ingin minum darah dan menikmati jeritan kesakitan, sebagaimana madzhab sempalan abad ke 20 yang hanya memahami para sahabat adalah pemuja perang, dan Nabi صلى الله عليه وسلم adalah Pimpinan yang haus darah orang kafir dan haus kekuasaan, Na`udzubiLlah dari pemahaman sempit ini.


Mereka para sahabat adalah orang-orang yang selalu basah pipinya dengan airmata khusyu`, dan mereka adalah orang yang manja pada kekasihnya, Muhammad RasuluLlah صلى الله عليه وسلم, ALLAH jadikan aku dan kalian bersama para sahabat di hari kiamat, bersama Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم, kekasih dan idola yang dipilihkan ALLAH untuk seluruh orang-orang yang beriman. - Wasiat nan indah dari : Habibana Munzir ibn Fuad Almusawa حفظه الله تعالى



وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Monday, March 16, 2009

الشيخ محمد متولى الشعراوى



بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين


اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها
وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها
وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Syifa` / Thibbul Qulub


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





A talk with the late Syeikh Muhammad Mutawali asy-Sya`rawi رحمه الله تعالى
- the great Scholar of Tafsir from Egypt.


May ALLAH سبحانه وتعالى place this light of Ikhlas
in our hearts and help us in all our acts of worshipping HIM.
May HE Forgive our shortcomings and envelope us with HIS Barakah and Mercy.
May our worshipping bring us closer to HIM and HIS Beloved صلى الله عليه وسلم
in this life and the Hereafter.



Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim...
Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram...


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Saturday, March 14, 2009

Kesaksian Orang Muslim Terhadap Seorang Jenazah



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد صلاة تنجينا بها من جميع
الأهوال وا لأفات وتقضى لنا بها جميع الحاجات وتطهرنا
بهامن جميع السيئات وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات
وتبلغنا بها أ قصى الغايات من جميع الخيرات فى الحيا ة
وبعد الممات وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Munjiyyah


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






"Kalian adalah saksi-saksi ALLAH سبحانه وتعالى di muka bumi. Menunjukkan dari bentuk kemuliaan hadits ini bagaimana erat nya hubungan muslimin-muslimat, satu sama lain menyaksikan kebaikan saudara nya maka itu menjadi dalil yang kuat bagi nya di hadapan ALLAH untuk diselamatkan dari Kemurkaan ALLAH. Semakin banyak orang menyaksikan ia berbuat baik di muka bumi maka semakin kuat bahwa ia kelak akan masuk SyurgaNYA ALLAH. Demikian hadirin-hadirat dan tentu nya cermin terindah dari seindah-indah makhlukNYA ALLAH adalah Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم.


Telah bersabda Nabi kita Muhammad صلى الله عليه وسلم : "Kalian akan melihat setelah aku wafat hal-hal yang tidak kalian sukai maka bersabarlah kalian sampai kalian menjumpai aku di telaga haudh." Maka hadirin-hadirat, semoga aku dan kalian berjumpa dengan Sang Nabi صلى الله عليه وسلم di telaga haudh, semoga aku dan kalian memandang wajah Sang Nabi صلى الله عليه وسلم di telaga haudh, aku dan kalian akan dibangkitkan oleh ALLAH dan semua yang pernah hidup di muka bumi pastikan kami di telaga haudh Nabi kami Muhammad صلى الله عليه وسلم."



Taushiyah dari Habibana Munzir ibn Fuad Almusawa حفظه الله تعالى yang telah disampaikan
di Masjid Almunawar, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 09hb March 2009M.


Insya`ALLAH, ziarahi hamba juga di Vimeo.


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Monday, March 9, 2009

يا أيها الذين آمنوا صلوا عليه وسلموا تسليما




Download MP3 (Mahal Qiyam) : Here


صلى الله على محمد ... صلى الله عليه وسلم
يا نبي سلام عليك ... يا رسول سلام عليك
يا حبيب سلام عليك ... يا رسول الله ... صلوات الله عليك



ALLAH has manifested the Intercessor
The Possessor of the Elevated Station,


And his light filled the horizons
It encompassed the entire Universe,


The icons of Idolatry have been torn down
And the edifice of Idolatry has crumbled,


And the Time of Guidance has drawn near
And the Fortress of Disbelief has violently shaken,


Greeting and a Welcoming
To you, Oh Possessor of the En-Nobled rank,


Oh Master of the people of Revelation
The one whom evil is repelled by,


You are a refuge on the day of gathering
For all of creations (men and jin) shall flee to you,


And call out to you saying
"Look at what has overcome us from atrocious terror"


Welcome! Oh Light of my eyes, Welcome!
Welcome! Oh Grandfather of Hussein, Welcome!


And for it (the intercession) you will Prostrate
And will be addressed, "Intercede, for your intercession is accepted"


For ALLAH has sent Mercy upon you
So long as light shines and disseminates,


And by you, we ask the Most Merciful
And the Lord of the Throne hears us,


My Lord! Forgive my sins. Oh ALLAH!
By the Blessing of the Interceding Guide. Oh ALLAH!


Oh Possessor of great bounties, Oh Lord!
Gather us all with the Chosen one,


And by him, Glance upon us
And by him grant us all that we desire,


And avert from us all calamities
And divert and raise all afflictions,


صلى الله على محمد ... صلى الله عليه وسلم



And give us to drink Oh Lord! And come to our rescue
With a life giving rain which pours down,


And culminate my life with excellence
And beautify the return (to You) and end affair,


And may the Mercy of ALLAH enshroud
The one who embodied all of beauty


Ahmad, the Pure and (upon) his Family
And the Companions, so long as light shines...




Excerpt taken from "The Shimmering Light : In Mentioning The Birth Of The Interceding Prophet". Poetry written by one of the righteous Scholars in Yemen today, al-`Allamah al-Hafiz al-Musnid al-Habib Umar ibn Hafiz حفظه الله تعالى in the traditional school, Dar al-Mustafa located in Tarim (Hadramawt).


بارك الله فيكم والله تعالى أعلم بالصواب

Saturday, March 7, 2009

Jikalau...



بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين


للهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق
والخاتم لما سبق والناصر الحق بالحق
والهادي الى صراطك المستقيم صلى الله عليه
وعلى أله وأصحابه حق قدره ومقداره العظيم
- Selawat Fatih


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





Jikalau kamu memohon
ikatan kehidupan mu bersama ALLAH تعالى ,
manakah ikatan dari kehidupan
Baginda صلى الله عليه وسلم dalam dirimu...?


Mata mu ini, hidupkan nya dengan kehidupan mata Baginda.
Janganlah engkau lihat kepada perkara yang haram.


Telinga mu hidupkan nya dengan kehidupan telinga Baginda.
Janganlah mendengar dengan nya perkara yang haram.


Jangan engkau tuturkan dengan lidah mu melainkan ianya
menyebabkan engkau bertemu dengan RasuluLlah.


Jikalau Nabi itu hidup pada hati mu,
nescaya engkau tidak bisa
memutuskan silaturrahim yang Baginda larangi nya.


Jikalau Nabi itu hidup pada hati mu,
nescaya engkau tidak sanggup makan
sesuap benda halal walaupun ianya seluruh dunia ini.


Jikalau Nabi itu hidup pada hati mu,
nescaya engkau tidak mengutamakan
sesuatu yang binasa berbanding yang kekal.


Nescaya engkau tidak mencemarkan hati mu
yang hidup dengan RasuluLlah
dengan caci hamun ataupun sikap benci membenci
walaupun terhadap orang yang mencaci mu atau menyakiti mu.


Jikalau Nabi itu hidup pada hati mu,
masa itu tidak akan berlalu melainkan engkau
akan memohon rahsia kehidupan
dengan mengingati ALLAH جل جلاله...


Pohonlah perkara sebegini dan hidupkanlah dengan nya
rumahtangga mu bersama sunnah RasuluLlah.
Hidupkan masjid-masjid mu dengan membaca kalamuLlah.
Hidupkan jalan-jalan mu dengan adab-adab RasuluLlah.
Hidupkan pasar-pasar mu dengan adab
serta hukum-hakam RasuluLlah...


Hidupkan pengertian sebegini,
nescaya engkau hidup dengan kehidupan
yang tidak akan musnah dan berakhir selama-lama nya.


Sehingga ALLAH menghimpunkan mu bersama kehidupan
sebenar nya dalam alam barzakh mu.


Kemudian nya di hari kiamat bersama al-Habibi المصطفى.
Kemudian nya di Syurga Firdausi yang tertinggi.
Semoga ALLAH menjadikan kita
dari mereka yang hidup sebegini.


Ya ALLAH!
Hidupkan kami
dengan kehidupan kekasihMu.
Ya ALLAH!
Hidupkan hati kami
dengan kehidupan hati kekasihMU.
Ya ALLAH!
Hidupkan ruh-ruh kami
dengan kehidupan ruh kekasihMU.
Ya ALLAH!
Hidupkan keperibadian kami
dengan hidup nya keperibadian kekasihMU.
Ya ALLAH!
Hidupkan akal-akal kami
dengan kehidupan akal kekasihMU.
Ya ALLAH!
Hidupkan jasad kami
dengan adab, sunnah dan hukum-hakam kekasihMU.
Ya ALLAH!
Hidupkan seluruh diri kami
dengan kehidupan seluruh diri kekasihMU.


Sehinggalah kami melalui
dengan kehidupan nya atas kehidupan kalamMU.
Maka kami hidup dengan kalam dan kitabMU.
Kemudian nya kami hidup
dengan semua itu beserta ikatan kami denganMU.
Wahai Yang Maha Hidup lagi Menghidupkan,
Penggerak langit dan bumi.



Ya ALLAH!
Bantulah kami untuk mengingati, mensyukuri,
serta beribadah kepadaMU dengan sebaik nya.


Ya ALLAH!
Lihatkanlah bagi kami kebenaran itu sebagai kebenaran
dan jadikan kami pengikut nya serta lihatkanlah bagi kami
kebatilan sebagai kebatilan.


Ya ALLAH!
Ampunilah kami dengan taubat nasuha.
Bersihkan kami dengan nya pada tubuh badan, hati dan ruh kami.


Ya ALLAH!
Ampunilah kami pada apa yang telah lalu.
Peliharalah kami untuk apa yang masih ada ini.
Ya ALLAH!
Peliharalah kami dan layanilah kami.


Ya ALLAH!
Letakkan kami pada jalan mereka yang dicintai.
Hidupkan kami dengan kehidupan mereka itu.
Matikan kami dengan kematian mereka.
Himpunkan kami pada hari kiamat
bersama ketua orang-orang dikasihi.


Ya ALLAH!
Hidupkan kami dengan mencintai nya.
Ya ALLAH!
Hidupkan kami dengan mencintai nya.
Ya ALLAH!
Hidupkan kami dengan mencintai nya.


Ya ALLAH!
Hidupkan kecintaan nya dalam hati kami.
Ya ALLAH!
Hidupkan kecintaan nya dalam hati kami.
Ya ALLAH!
Hidupkan kecintaan nya dalam hati kami.


Ya ALLAH!
Hidupkan cahaya nya dalam batin kami.
Hidupkan hidayah nya pada zahir kami.
Hidupkan perjalan nya dalam rumahtangga dan kehidupan kami.


Ya ALLAH!
Janganlah Engkau tanggalkan dari hati kami
cahaya ikatan dengan Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم...





Kalam dan munajat
Habibana `Ali Zain al-`Abideen ibn `Abd al-Rahman al-Jifri حفظه الله تعالى

Hamba telah dan akan senantiasa mengulangi penyampaian kalam
yang indah ini selagi mana diberi keizinan dariNYA.



وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Wednesday, March 4, 2009

Ucapan "سبحان الله وبحمده" Peruntuh Dosa²



بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين


اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها
وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها
وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Syifa` / Thibbul Qulub


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






Taushiyah dari Habibana Munzir ibn Fuad Almusawa حفظه الله تعالى yang telah disampaikan
di Masjid Almunawar, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 02hb March 2009M.
Insya`ALLAH, ziarahi hamba juga di Vimeo.





Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim...
Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram...


Wahai ALLAH, demi cahaya kemuliaan "سبحان الله وبحمده" kalimat yang paling Engkau Cintai, kami memohon kepadaMU agar Engkau Melimpahkan kesembuhan kepada Guru Mulia kami, Habibana Munzir ibn Fuad Almusawa حفظه الله تعالى dengan kesembuhan yang sempurna, `afiah kamilah yang berlimpah untuk nya pengampunan atas segala dosa, menggantikan penyakit nya dengan Rahmat dan kebahagiaan, dipanjangkan usia nya dengan penuh keberkahan dan kemuliaan, zahiran wa batinan, fiddunia wal Akhirah.


Wahai ALLAH, Pemelihara seluruh Manusia, sembuhkanlah sungguh Engkau Yang Maha Menyembuhkan, dan sihatkanlah sungguh Engkau Yang Maha Memberi kesihatan, tiada kesembuhan selain kesembuhan yang datang dariMU, kesembuhan yang tidak membawa sakit, pedih dan efek sesudah nya. Biniyyat syifa` wa `ilaa hadratin Nabiy صلى الله عليه وسلم, al-Fatihah...



اللهم إني أسألك العفو والعافية
والمعافاة الدائمة في الدين والدنيا والآخرة
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

أستغفر الله ... تائبون الي الله



بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين
سيدنا ونبينا وحبيبنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين




"Wahai ALLAH, wahai Tuhanku, betapa Agung nya Ni`mat yang Kau Berikan padaku hari demi hari, tetapi aku membalas Ni`matMU dengan dosa-dosaku, betapa hina nya diriku ini... Maka wahai ALLAH, wahai Tuhanku, ampunilah segala noda dan dosaku, tiada siapa yang dapat Mengampuni diriku kecualiMU..."

_________________________


"Beristighfar kepada ALLAH سبحانه وتعالى membuka Rahmat yang besar daripadaNYA. Perintah untuk beristighfar tersemat dalam sebahagian daripada ayat 3 disurah an-Nasr ALLAH سبحانه وتعالى berfirman:
"Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan beristighfarlah kepadaNYA."


Pada suatu masa Sayyidina Hasan ibn Ali ibn Abi Talib رضي الله تعالى عنه telah didatangi beberapa orang. Seorang telah mengadu akan hal kampung nya yang mengalami kemarau, satu mengadu akan hal nya yang menghadapi kesempitan, satu mengadu akan hal nya yang tidak ada zuriat dan satu mengadu akan hal hasil tanaman nya yang berkurangan.


Kepada semua nya beliau telah menyuruh mereka memperbanyak istighfar. Para sahabat nya رضي الله تعالى عنهم yang mendengar nya berasa hairan dan bertanya kepada nya mengapakah kepada semua nya jawaban beliau cuma satu, iaitu menyuruh mereka membaca istighfar.


Jawab Sayyidina Hasan رضي الله تعالى عنه bagi orang yang menghadapi kemarau, kemiskinan, tidak ada zuriat dan hasil tanaman yang berkurangan, ALLAH سبحانه وتعالى berpesan dalam al-Quran disurah Nuh ayat 10 hingga 12 :
"Maka aku katakan kepada mereka: "Beristighfarlah kepada Tuhanmu sesungguh nya Dia adalah Maha Pengampun. Nescaya Dia akan Mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat. Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai."


Mereka semua mengamalkan nya dan alhamduliLlah tidak lama kemudian semua nya dikurniakan ALLAH سبحانه وتعالى akan kelebihan. Yang kemarau diturunkan hujan. Yang miskin dan hasil kebun nya yang berkurangan, diberkati hidup nya. Yang tidak ada zuriat mendapat 12 orang anak hingga datang lagi kepada Sayyidina Hasan رضي الله تعالى عنه meminta nya mendoakan nya supaya jangan dapat anak lagi. Ini semua dengan berkat istighfar.


Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda :
"Barangsiapa banyak beristighfar, nescaya dijadikan ALLAH bagi nya kelepasan daripada segala kerunsingan dan jalan keluar bagi segala kesempitan dan memberi nya rezki dari jalan yang tidak disangka-sangka.


ALLAH سبحانه وتعالى berfirman disurah Hud ayat 3 :
"Dan barangsiapa beristighfar kepada Tuhan nya kemudian bertaubat kepadaNYA nescaya dikurniakan ALLAH bagi nya segala kebaikan sehingga ke waktu yang ditentukan (atau sampi ajal nya) dan akan diberi tiap-tiap yang mempunyai kelebihan akan kelebihanNYA."


Bagi orang-orang yang beristighfar tidak akan turun bala atau bencana ke atas mereka selagi mereka tetap didalam nya. Hal ini diterangkan dalam al-Quran disurah al-Anfal ayat 33 :
"Dan tidaklah ALLAH akan mengazab mereka, sedang mereka beristighfar.""


Dari kitab "Kelebihan Ratib - Huraian Ratib al-Habib Umar ibn `Abdul Rahman al-`Attas
(رضي الله تعالى عنه)" karangan al-Mukarram al-Habib Hasan ibn Muhammad al-`Attas حفظه الله تعالى.


Semoga kita tergolong bersama Ahlut-Taubah dan Ahlud-Dzikr.
Amiin ALLAHumma amiin.



وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين