بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده
اللهم صل على سيدنا محمد صلاة تنجينا بها من جميع
الأهوال وا لأفات وتقضى لنا بها جميع الحاجات وتطهرنا
بهامن جميع السيئات وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات
وتبلغنا بها أ قصى الغايات من جميع الخيرات فى الحيا ة
وبعد الممات وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Munjiyyah
الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده
اللهم صل على سيدنا محمد صلاة تنجينا بها من جميع
الأهوال وا لأفات وتقضى لنا بها جميع الحاجات وتطهرنا
بهامن جميع السيئات وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات
وتبلغنا بها أ قصى الغايات من جميع الخيرات فى الحيا ة
وبعد الممات وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Munjiyyah
الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته
Masya`ALLAH, 1001 perkara di alam maya mahupun di alam nyata ini, harus hamba tempuhi. Ya ALLAH, ya Rabbi, diatas setiap perkara, Engkau Permudahkan dan janganlah Engkau Payahkan dan Kurniakanlah diatas setiap perkara itu kesudahan yang baik. ALLAHumma amiin. Kepada mereka yang ada berkaitan dengan nya, mohon doa dan kesabaran antum sekalian. Kepada mereka yang telah diperlekehkan dan dihina, jangan hiraukan tomahan dan cacian mereka, jangan berdukacita, bersabarlah dan mohon kekuatan iman kepadaNYA. Yang mulia diantara kita hanya ada pada `Ilmu ALLAH. Manusia hanya memandang pada zahir tetapi ALLAH Memandang pada batin nya; hati itu adalah tempat Tilikan ALLAH, bukan paras-rupa dan kekayaan seseorang.
Kepada mereka yang telah dizalimi, jangan sekali-kali kita mendoakan perkara-perkara yang tidak baik kepada mereka yang telah menzalimi diri kita. Walaupun orang yang dizalimi dibahagikan bonus iaitu doa mereka mustajab, sebelum kita menadah tangan dan berdoa, fikir sejenak, apakah kita tidak pernah ataupun terlepas dari menzalimi orang lain pula, secara sengaja ataupun tidak? Apabila ALLAH Mengabulkan doa kita, demikianlah juga ALLAH akan Mengabulkan doa-doa mereka. Justru, disinilah ajaran ALLAH `Azzawajalla menerusi Baginda ShalALLAHu`alaihiwasalam yang Mulia, agar senantiasa mendoakan perkara-perkara yang baik dalam segala perkara dan keadaan, walaupun diri kita dizalimi. Seandai nya kita mudah untuk memaafkan, demikianlah juga dengan mudah ALLAH akan membukakan hati-hati mereka yang pernah kita zalimi ataupun TERzalimi itu tadi, untuk memaafkan kita pula. Semoga dengan itu ALLAH juga Mengampuni segala dosa-dosa kita dan juga mereka, beserta itu pelbagai Kurniaan dari ALLAH, yang Maha Luas lagi Maha Mengetahui akan KurniaanNYA, bakal kita raih, jika tidak di dunia ini, di Akhirat kelak.
Mohon jutaan ampun dan maaf diatas kalam hamba yang mungkin ada yang mengguris hati antum sekalian. Semoga ALLAH Mengurniakan kepada kita semua keimanan Islam yang hakiki sehingga kita berjaya di dunia ini juga di Akhirat kelak didalam keadaan kita diterima dan diredhai ALLAH Subhana wa Ta`ala dan RasulNYA ShalALLAHu`alaihiwasalam. Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين