Friday, May 22, 2009

Jom Talaqqi!



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته



Salam Penghulu segala hari... Al HamduliLlah, segala Puji keatasNYA dan Syukur diatas ni`mat Iman dan Islam, yang telah melanjutkan usia kita sehari lagi untuk kita beribadah dan bertaubat kepadaNYA, yang telah memberikan kita kesihatan tubuh badan dan sesungguh nya kepadaNYA jualah tempat kita kembali...


Insya`ALLAH, kerinduan kita kepada kedatangan al-Fadhil Tuan Guru bakal terubat dan terawat pada hujung minggu ini, kerna beliau al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki حفظه الله تعالى, akan hadir untuk menyambung kembali pengajian kitab "40 Mutiara Hadiths dari 40 buah Kitab". Sila rujuk jadual, insya`ALLAH akan disertakan sejurus ini.


Mari kita rebut peluang keemasan ini dengan meluangkan sedikit masa untuk menghadirkan diri dan berhimpun bersama-sama dengan seorang Ulama` yang tidak asing ini. Semoga ALLAH `Azzawajalla Memberi kita manfaat dengan beliau, `ilmu-`ilmu beliau, rahsia-rahsia beliau, cahaya beliau dan Menghimpunkan kita bersama dengan beliau dalam keadaan baik dan `afiah, dengan segala nya itu semakin mendekatkan kita lagi kepadaNYA `Azzawajalla dan kepada Baginda صلى الله عليه وسلم pada setiap detik dan kejap. Kepada semua, semoga ALLAH `Azzawajalla Meredhai dan Menerima segala niat dan usaha yang murni ini, dan Melimpahkan Rahmat, Keberkahan, Kemudahan, Kesihatan serta Keikhlasan kepada kita semua agar dapat beristiqamah dalam kemuliaan di dunia dan di Akhirat.



Jadual

Tarikh : Sabtu, 23hb Mei Waktu : Ba`da Isya` Tempat : Masjid Sultan (Basement)
- Forum bersama al-Fadhil Tuan Guru & Ustaz Azhar `AbduLlah حفظه الله تعالى

Tarikh : Ahad, 24hb Mei Waktu : 8.30 pagi Tempat : Masjid Mujahidin

Tarikh : Ahad, 24hb Mei Waktu : 7.30 malam Tempat : Masjid al-Mukminin

Tarikh : Isnin, 25hb Mei Waktu : 11 pagi Tempat : Masjid Sultan (Basement)


Ya ALLAH, Ya Rabbi, Hadirkanlah dan himpunkanlah kami bersama-sama dengan beliau. Amiin
Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram.




وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Related Posts with Thumbnails