Thursday, May 28, 2009

Cinta Adalah Api ♥ Mohon Doa



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها
وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها
وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Syifa` / Thibbul Qulub


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





Berkata Guru Mulia al`Allamah al-Musnid al-Habib Umar ibn Hafiz حفظه الله تعالى :
"Cinta adalah Api, bila digunakan pada tempat nya maka ia akan menghangatkan,
memasak, menerangi dan membawa keindahan, namun bila ditaruh bukan
pada tempat nya, maka akan membakar dan menghanguskan ...

Inilah api yang zahir, bagaimana dengan api yang batin,
ketika berpijar dalam kerinduan kepada ALLAH سبحانه وتعالى ...

Demikianlah jiwa-jiwa yang merindukan ALLAH, insan-insan mulia yang bernafas
dimuka bumi dalam satu nafas ... Nafas Muhammadiy ... Jiwa Muhammadiy ...
Semangat Muhammadiy صلى الله عليه وسلم ...

Oleh sebab itu ALLAH سبحانه وتعالى menamakan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم
adalah "Siraajan Muniira" (Pelita yang berpijar terang-benderang),
dan pelita itu terang kerna api nya, Api Cinta Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم
kepada ALLAH, Cinta yang paling Suci dari semua cinta ..."
- al-Habib Munzir ibn Fuad ibn `Abdurrahman حفظه الله تعالى





Al HamduliLlah wa asy-Syukru liLlah, segala Puji dan Syukur kita rafa`kan KehadratNYA, BagiNYA, UntukNYA dan KernaNYA, di atas Limpahan ni`mat Iman dan Islam. Mengikut Tahun Masihi, tanggal hari ini, adalah hari kelahiran hamba ke bumi yang sungguh bertuah lagi diberkahi ini. Mengapakah hamba berkatakan demikian? Kerna sesungguh nya bumi ini, diatas Qudrat dan `Iradah ALLAH سبحانه وتعالى, ia dapat bertemu dengan Jasad Baginda صلى الله عليه وسلم yang Suci lagi Mulia. Lalu bagaimanakah pula dengan diri kita yang mengaku sebagai ummat Baginda صلى الله عليه وسلم? Adakah kita akan diberikan peluang walaupun hanya sedetik untuk melihat wajah Baginda صلى الله عليه وسلم yang Sempurna lagi Indah? ALLAHu ALLAH.


Lantas, dikesempatan ini hamba ingin memohon maaf zahir dan batin kepada antum sekelian, selama mana antum mengenali diri hamba, secara langsung mahupun tidak. Hamba juga memohon agar antum sudi mengulurkan secebis doa, semoga ALLAH senantiasa mendekatkan diri hamba KepadaNYA dan kepada RasulNYA صلى الله عليه وسلم, di dunia dan Akhirat.


Wahai ALLAH, Limpahkanlah Selawat pada Ruh Sayyidina Muhammad di alam arwah, dan Limpahkanlah pula pada Jasad nya di alam jasad, dan pada Kubur nya di alam kubur...


Dengan Berkah, Kesucian, Keluhuran dan Syafa`at Baginda صلى الله عليه وسلم, semoga ALLAH Melimpahkan kedamaian, kemakmuran, kebahagiaan, ketenangan dan cahaya Iman serta Taqwa keatas kita semua ummat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم, di dunia dan Akhirat, dan semoga disetiap denyutan nadi serta degupan jantung dan hembusan nafas serta kerlipan mata kita, senantiasa didalam KeredhaanNYA ALLAH سبحانه وتعالى dan RasulNYA صلى الله عليه وسلم. Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram...


Wahai ALLAH, sesungguh nya kami mencurahkan KepadaMU keinginkan kami walaupun lemah fikiran kami dan sedikit amalan kami, kami sangat mengharapkan kepada RahmatMU. Wahai ALLAH, hanya Engkaulah matlamat kami dan Redha Engkaulah tuntutan kami, kurniakanlah kepada kami kelazatan MencintaiMU dan MengenalMU. Wahai ALLAH, inilah doa kami dan DariMU `Ijabah, inilah semua kemampuan kami dan KeatasMU kami bertawakkal. Sesungguh nya kami adalah MilikMU dan KepadaMU jualah tempat kami kembali. Tiada daya dan upaya kecuali dengan Pertolongan ALLAH yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

3 Ulasan:

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamua'laikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh ya Ukhti.

Semoga dua'2 ukhti diperkenankan oleh Allah SWT. Ameen ya Allah. Tidak lupa ana, untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir. Semoga ukhti sentiasa berada dibawah rahmat dan kasih sayang Allah SWT, ameen ya robbal a'lameen.

ilal liqo'

BismiLlah wal HamduliLlah wa laa haula wa laa quwwata illaa biLlahil `aliyil `adzhim...
Sholatu was-Salamu `ala RasuliLlah wa `ala Alihi wa Shohbihi waman walah...

As-Salamu`alaikum wa RahmatuLlahi wa Barakatuh ya Habibati... : )


Amiin ALLAHumma amiin. Syukran jazilan diatas doa anti. Semoga keberkahan dan keluasan segera berlimpah pada hari-hari anti beserta keluarga, dan semoga ALLAH `Azzawajalla Memuliakan anti beserta keluarga sebagai keluarga yang Nabawi dan Rabbani. Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram...

Di atas masa, ziarah serta doa nya hamba ucapkan, barakALLAHu fiki wa jazakiLlahu khairal jaza`...
Wa ilal liqo`... Fi amaniLlah wALLAHu a`lam bisawab.

waa'laikumussalam wa rahmatullahi wa barakatuh. =]

Allahumma ameen!

Related Posts with Thumbnails