Sunday, May 31, 2009

Cahaya Diatas Cahaya



Dengan Asma` ALLAH dan Segala Puji bagi ALLAH
sebanyak bilangan CiptaanNYA di langit,
Segala Puji bagi ALLAH sebanyak bilangan CiptaanNYA di bumi,
Segala Puji bagi ALLAH sebanyak bilangan CiptaanNYA di antara kedua nya
dan Segala Puji bagi ALLAH sebanyak bilangan CiptaanNYA.



Wahai ALLAH,
Limpahkanlah Selawat dan Salam
Atas Cahaya segala Cahaya, Rahsia segala Rahsia
Ubat segala penyakit, Pembuka pintu kesenangan
Pemimpin dan Penghulu kami Muhammad yang terpilih
Berserta ahli keluarga Baginda yang suci bersih
Dan para sahabat Baginda yang baik berbudi
Selawat dan Salam sebanyak bilangan
Ni`mat ALLAH dan kelebihanNYA.

Selawat asy-Syeikh Ahmad al-Badawi / Selawat Nur / Selawat Anwaar dan Asror




Wahai ALLAH, Limpahkanlah Selawat Penghormatan
Kepada Junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم
Wahai ALLAH, Limpahkanlah Selawat Penghormatan
dan Salam Kesejahteraan Kepada Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم

Wahai ALLAH, Sampaikanlah wasilah perantara kepada Nabi صلى الله عليه وسلم
Wahai ALLAH, Kurniakanlah darjat utama kepada Nabi صلى الله عليه وسلم
Wahai ALLAH, Kurniakan KeredhaanMU kepada para Sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم
Wahai ALLAH, Kurniakan KeredhaanMU kepada Keturunan Nabi صلى الله عليه وسلم

Wahai ALLAH, Kurniakan KeredhaanMU kepada para Guru dan Ulama`
Wahai ALLAH, Kurniakan RahmatMU kepada kedua Ayah Bonda kami
Wahai ALLAH, Sirami kami semua dengan RahmatMU
Wahai ALLAH, Sirami semua kaum Muslimin dengan RahmatMU

Wahai ALLAH, Kurniakan AmpunanMU kepada kaum Muslimin yang berdosa
Wahai ALLAH, Wahai Dzat yang Maha Mendengar permohonan doa kami
wahai ALLAH, Jangan Engkau Putuskan harapan kami

Wahai ALLAH, Sampaikan hajat kami untuk mengunjungi Nabi صلى الله عليه وسلم
Wahai ALLAH, Sinari kami dengan Cahaya Nabi صلى الله عليه وسلم
Wahai ALLAH, Kami mengharapkan Pemeliharaan dan PengamananMU
Wahai ALLAH, Tempatkanlah kami di dalam SyurgaMU

Wahai ALLAH, Lindungi kami dari azab SiksaMU
Wahai ALLAH, Kurniakan kepada kami Petunjuk dengan Kalimat Penyaksian
Wahai ALLAH, Sirami kami dengan kebahagiaan

Wahai ALLAH, Berikan ganjaran baik kepada mereka yang berbuat kebaikan
Wahai ALLAH, Hindarkan diri kami dari segala macam kesulitan
Wahai ALLAH, Kami akhiri permohonan dengan mengharapkan Pertolongan...



وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

2 Ulasan:

Assalamua'laikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh wa Maghfiratuh..

Bismillahirrahmanirrahim..

Ameen ameen ya Robbal a'lameen ukhti a'la dua'nya.

BismiLlah wal HamduliLlah wash-Sholatu was-Salamu `ala RasuliLlah wa `ala Alihi wa Shohbihi waman walah...
As-Salamu`alaikum wa RahmatuLlahi wa Barakatuh ya Habibati... : )


Dengan RahmatNYA dan Barakah serta Syafa`at Junjungan Mulia, Nabi Muhammad ibn `AbdiLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam, semoga ALLAH `Azzawajalla Memperkenankan harapan dan permohonan kita. Amiin ya ALLAH, ya Mujibassailin, ya Arhamarrahimin...

BarakALLAHu fiki wa jazakiLlahu khairal jaza`
Fi amaniLlah wALLAHu a`lam bisawab.

Related Posts with Thumbnails