Friday, December 11, 2009

اللهــــم أجعلنا منــــهم



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang senantiasa tenang
tetap dengan kepercayaan dan bawaan baik nya! Kembalilah kepada Tuhanmu
dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala ni`mat yang diberikan)
lagi Diredhai (di sisi Tuhanmu)! Serta masuklah engkau dalam kumpulan
hamba-hambaKU yang berbahagia dan masuklah ke dalam SyurgaKU!"

- Surah al-Fajr ayat 27 - 30



صــــــــدق الله العظيم



"Orang yang Dicintai ALLAH سبحانه وتعالى itu sentiasa berada dalam NaunganNYA, sehingga segala gerak-gerinya diarahkan kepada segala perbuatan yang DiredhaiNYA semata. Sebab ALLAH سبحانه وتعالى tidak ingin kita melakukan yang mungkar, padahal hawa nafsu kita pula sangat cenderung kepada yang mungkar. Hanya orang yang Dirahmati Tuhannya akan terselamat dari angkara hawa nafsu, dan mereka itulah orang-orang yang berada dalam Perlindungan ALLAH سبحانه وتعالى dan NaunganNYA. Dan orang yang berada dalam Naungan ALLAH adalah orang yang DicintaiNYA, sedang orang yang DicintaiNYA itu tentu sudah menunaikan segala kewajipannya dengan sempurna. Kemudian ditambahnya lagi dengan amal-amal kebajikan secara sukarela. Segala Anjuran ALLAH dilaksanakannya dengan penuh redha dan syukur. Segala anggotanya akan tertarik untuk melakukannya, sedang hatinya merasa lapang dan tenang.


Kemudian ALLAH سبحانه وتعالى Menyatakan bahawa segala yang dipinta oleh hambaNYA yang Dicintai itu akan DiberiNYA, dan segala yang didoakan pula akan DikabulkanNYA. Maka kerana itu kita dianjurkan minta didoakan oleh orang-orang Shalih dan orang-orang yang dekat kepada ALLAH سبحانه وتعالى. Cara ini sangat digalakkan kerana kemungkinan besar doa itu Dikabulkan ALLAH berkat keshalihan hambaNYA. Rahmat ALLAH سبحانه وتعالى amat luas. DIA tidak perlu Menahan Pemberian atau PengabulanNYA kepada sesiapa pun. Malah kalau kita tidak meminta pun, DIA tetap Memberi. Apatah lagi orang yang meminta, lebih-lebih lagi jika yang meminta itu para KekasihNYA, para WaliNYA dan para Shalihin dari hamba-hambaNYA. ALLAH سبحانه وتعالى telah Berfirman dalam Al-Quran menyatakan bahawa para WaliNYA tiada bimbang dan tiada dukacita bagi mereka. Segala apa yang mereka inginkan, semuanya ada di sisi Tuhan mereka. Harus kita memberikan keyakinan kita terhadap Wali ALLAH dan orang-orang Shalih.


Akhir sekali, ALLAH سبحانه وتعالى Menyatakan bahawa DIA tiada teragak-agak untuk memutuskan sesuatu perkara seperti Teragak-agakNYA untuk Meregut nyawa hambaNYA yang Wali kerana Wali ALLAH itu adalah KekasihNYA, sedang perlakuan terhadap Kekasih-KekasihNYA mestilah segala yang menggembirakan dan menyenangkan. Ini adalah suatu gambaran kemuncak dari Kasih Sayang Tuhan terhadap hambaNYA. Sebab hamba itu bencikan mati, Kata ALLAH, sedangkan ALLAH tidak ingin Menyakiti hati KekasihNYA untuk Mewafatkannya. Lantaran mati itu adalah satu ketetapan yang pasti berlaku dan tidak dapat dielakkan, kerana mati itu adalah pintu untuk memasuki kehidupan yang kedua, iaitu kehidupan abadi yang Dijanjikan Tuhan.


Memang para Nabi dan Rasul, sebelum Diwafatkan oleh ALLAH سبحانه وتعالى, Diberikan kepada mereka terlebih dahulu, sama ada ingin terus hidup di dunia atau mati. Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم tatkala diberi pilihan ini, Baginda mengatakan "Ila Rafiqil A`la", yakni memilih untuk berangkat kepada Kekasih Yang Tertinggi, iaitu ALLAH سبحانه وتعالى."
- Sumber


اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد
في الأرواح وعلى جسده في الأجساد
وعلى قبره في القبور




بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Related Posts with Thumbnails