Thursday, December 17, 2009

Selamat Tahun Baru ♥ 1431 Hijrah



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





Kemuliaan, Keagungan, Kesucian, Keberkahan dan Pengampunan Hijrah, semoga senantiasa ALLAH سبحانه وتعالى Curahkan keatas kita; hamba-hambaNYA dan Ummat Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم. Semoga setiap Tahun, setiap bulan, setiap minggu, setiap hari, setiap jam, setiap minit, setiap saat dan setiap ketika; samada dalam keadaan senang mahupun payah, gembira mahupun duka, sihat mahupun sakit, ketika dalam keadaan ramai orang mahupun keseorangan; kita semakin dekat, semakin taat, semakin takut, semakin cinta, semakin rindu kepadaNYA ALLAH سبحانه وتعالى dan kepada KekasihNYA, Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم.


Semoga kita kembali KehadratNYA kelak dalam keadaan Diredhai dan Diterima ALLAH سبحانه وتعالى sebagai hambaNYA, dalam keadaan Diredhai dan Diakui Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم sebagai Ummat Baginda.


Wahai yang Maha Suci, Sucikanlah hati dan ruhani kami. Wahai yang Maha Lembut, Berlemah-lembutlah dalam KetetapanMU keatas diri kami. Wahai yang Maha Kaya, Kayakanlah kami dengan `ilmu, akhlaq dan rezki yang baik lagi halal. Wahai yang Maha Kuat, Kuatkanlah zahir dan batin kami untuk beribadah kepadaMU, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Kasihani dan Sayangilah diri kami hamba-hambaMU. Wahai yang Maha Memiliki Ruh dan Jasad kami, Tuntunlah setiap nafas kami menjadi nafas doa, nafas istighfar, nafas taubat, nafas dzikruLlah, nafas selawat, nafas MahabbatuLlah dan nafas MahabbaturRasul صلى الله عليه وآله وسلم.


Wahai ALLAH, wahai Tuhan kami yang tiada Tuhan melainkan Engkau, hanya kepadaMU kami titipkan diri dan keimanan kami. Wahai ALLAH, inilah doa dan hajat kami, hanya dariMU `Ijabah. Inilah semua kemampuan kami dan kepadaMU kami berserah diri, kerna sesungguh nya kami adalah MilikMU dan kepadaMU jua kami akan kembali. Tiada daya dan tiada upaya kami kecuali dengan PertolonganMU, wahai ALLAH yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.


Himbauan hamba, ayuh kita membaca doa berikut ini bersama-sama, insya`ALLAH sebentar nanti; Doa Akhir Tahun sebelum waktu Maghrib dan Doa Awal Tahun setelah waktu Maghrib. Sebelum dan sesudah nya, hamba mohon redha dan mohon ampun maaf, zahir dan batin, dunia dan Akhirat kepada antum sekalian diatas kekurangan dan kesilapan hamba selama ini; yang disengajakan mahupun tidak, yang terzahirkan mahupun tidak. Insya`ALLAH, sehingga kita bertemu lagi ditahun hadapan; 1431 Hijrah :)





اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور



ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

0 Ulasan:

Related Posts with Thumbnails