Monday, December 21, 2009

Hamba Yang Kehilangan Kata²



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على نور الأنور وسر الأسرار وترياق الأغيار
ومفتاح باب اليسار سيدنا و مولانا محمد المختار
وآله الأطهار وأصحابه الأخيار عدد نعم الله وأفضاله

- Selawat asy-Syeikh Ahmad al-Badawi / Selawat Nur / Selawat Anwaar dan Asror


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






Wahai ALLAH, Puji dan Syukurku rafa`kan kehadratMU dalam segala hal dan keadaan. Sesungguh nya Rahmat, Kurniaan dan Kasih-SayangMU wahai ALLAH, sangat Luas dan tiada batas. HambaMU ini tidak mampu menghitung apalagi membalas nya. Syukur, kerna kedua Ibubapaku mengizinkanku, yang sudah tentu pasti Engkaulah yang telah Mengerakkan hati mereka berdua. Pandanglah mereka wahai ALLAH, senantiasa dengan Rahmat, Hidayah, Maghfirah dan Kasih-SayangMU. ALLAHumma amiin. Syukur, kerna telah Mengizinkan hambaMU ini berhimpun bersama-sama dengan hamba-hambaMU yang Engkau Muliakan, yang membuatkan dia semakin Rindu kepadaMU serta semakin Rindu kepada KekasihMU, RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم.


Dari Hubabah Halimah al-`Aydrus dari Hubabah Bahiyyah, dia mengatakan :
"Bagi kita cara mendekatkan diri kepada ALLAH سبحانه وتعالى
yang paling mungkin kita lakukan
adalah dengan mencintai Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم...
Cintai Nabi sekemampuanmu mencintai seseorang....
Cintai beliau hingga menjadi ringan bagimu
mengerjakan sunnah-sunnah beliau...
Cintai beliau hingga lisanmu memiliki kegemaran
berselawat dan menyebut-nyebut nama nya...
Cintai beliau maka cinta itu akan membawamu pada nya,
pada syafa`at nya, pada Cinta ALLAH dipuncak nya."


Berikut insya`ALLAH, merupakan rakaman audio dari hari-hari yang terindah bersama Hubabah Halimah al-`Aydrus; ketika Kunjungan Da`wah beliau di Singapura. Semoga kita semua dipertemukan sekali lagi insya`ALLAH, andai tidak di dunia, di Akhirat sana nanti. ALLAHumma amiin. Hamba juga sempat mencari-cari beberapa wajah dari mereka yang pernah hadir di musim-musim yang lalu tetapi tidak berhasil. "Walaupun jasad mereka tiada kelihatan, mana kamu tahu, mungkin ruh, semangat dan doa mereka berada disini," bisik hamba memujuk diri. Wahai ALLAH, hanya Engkau sahja yang Maha Mengetahui keadaan mereka. Pandanglah mereka wahai ALLAH, senantiasa dengan Rahmat, Hidayah dan Kasih-SayangMU, demikian juga kami. ALLAHumma amiin.


Di kesempatan ini juga, hamba ingin memohon maaf diatas rakaman yang tidak memuaskan. `Ala kulli hal, semoga kita memperolehi manfaat serta barakah dari nya. Kepada mereka yang telah menjayakan Majlis yang penuh barakah ini, secara langsung mahupun tidak, diatas segala usaha serta niat yang murni ini, semoga ALLAH سبحانه وتعالى Menerima, Meredhai dan Melipat-Gandakan Pahala serta Ganjaran nya sebanyak-banyak nya. Semoga ia menjadi sebuah hadiah yang mengembirakan RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم. ALLAHumma amiin.


P/s : Ya, hamba kehilangan kata-kata apabila ingin berkongsi sama posting yang satu ini. Namun, al HamduliLlah, inilah hasil nya, Ilham dari ALLAH yang Maha Mengetahui setiap Lintasan hati hamba-hambaNYA dan Maha Mendengar setiap Bisikkan hamba-hambaNYA. Hamdan wa asy-Syukru liLlah. Yang Baik dan Bermanfaat itu Datang dariNYA ALLAH سبحانه وتعالى. Yang silap dan salah itu, datang nya dari kejahilan diri hamba sendiri, justru hamba mohon maaf dan redha.



Di al-Wehdah - Muat-turun
The Virtues of Muharram


Di Masjid Jamiyah ar-Rabitah - Muat-turun
Ladies, Be Inspired!


Di Masjid al-Falah - Muat-turun
The Virtues of Muharram



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور



اللهم أعنا على ذكرك وشكرك
وحسن عبادتك برحمتك يا أرحم الراحمين
ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة
إنك أنت الوهاب برحمتك يا أرحم الراحمين


ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

0 Ulasan:

Related Posts with Thumbnails