"Seseorang Akan Bersama Orang Yang Ia Cintai"


Janji RasuluLlah ﷺ bahwa semua akan bersama orang yang ia cintai dihari kiamat. Semoga kita hidup dan wafat dalam cinta kepada RasuluLlah ﷺ dan para Ulama` Shalihin. Amiin ALLAHumma amiin. Al-Fatihah.

Koleksi Selawat Dalam Blog Ini


Terjemahan serta syarahan oleh asy-Syeikh Yusuf ibn Ismail an-Nabhani RahimahuLlah.

Sunday, May 31, 2009

Cahaya Diatas Cahaya



Dengan Asma` ALLAH dan Segala Puji bagi ALLAH
sebanyak bilangan CiptaanNYA di langit,
Segala Puji bagi ALLAH sebanyak bilangan CiptaanNYA di bumi,
Segala Puji bagi ALLAH sebanyak bilangan CiptaanNYA di antara kedua nya
dan Segala Puji bagi ALLAH sebanyak bilangan CiptaanNYA.



Wahai ALLAH,
Limpahkanlah Selawat dan Salam
Atas Cahaya segala Cahaya, Rahsia segala Rahsia
Ubat segala penyakit, Pembuka pintu kesenangan
Pemimpin dan Penghulu kami Muhammad yang terpilih
Berserta ahli keluarga Baginda yang suci bersih
Dan para sahabat Baginda yang baik berbudi
Selawat dan Salam sebanyak bilangan
Ni`mat ALLAH dan kelebihanNYA.

Selawat asy-Syeikh Ahmad al-Badawi / Selawat Nur / Selawat Anwaar dan Asror




Wahai ALLAH, Limpahkanlah Selawat Penghormatan
Kepada Junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم
Wahai ALLAH, Limpahkanlah Selawat Penghormatan
dan Salam Kesejahteraan Kepada Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم

Wahai ALLAH, Sampaikanlah wasilah perantara kepada Nabi صلى الله عليه وسلم
Wahai ALLAH, Kurniakanlah darjat utama kepada Nabi صلى الله عليه وسلم
Wahai ALLAH, Kurniakan KeredhaanMU kepada para Sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم
Wahai ALLAH, Kurniakan KeredhaanMU kepada Keturunan Nabi صلى الله عليه وسلم

Wahai ALLAH, Kurniakan KeredhaanMU kepada para Guru dan Ulama`
Wahai ALLAH, Kurniakan RahmatMU kepada kedua Ayah Bonda kami
Wahai ALLAH, Sirami kami semua dengan RahmatMU
Wahai ALLAH, Sirami semua kaum Muslimin dengan RahmatMU

Wahai ALLAH, Kurniakan AmpunanMU kepada kaum Muslimin yang berdosa
Wahai ALLAH, Wahai Dzat yang Maha Mendengar permohonan doa kami
wahai ALLAH, Jangan Engkau Putuskan harapan kami

Wahai ALLAH, Sampaikan hajat kami untuk mengunjungi Nabi صلى الله عليه وسلم
Wahai ALLAH, Sinari kami dengan Cahaya Nabi صلى الله عليه وسلم
Wahai ALLAH, Kami mengharapkan Pemeliharaan dan PengamananMU
Wahai ALLAH, Tempatkanlah kami di dalam SyurgaMU

Wahai ALLAH, Lindungi kami dari azab SiksaMU
Wahai ALLAH, Kurniakan kepada kami Petunjuk dengan Kalimat Penyaksian
Wahai ALLAH, Sirami kami dengan kebahagiaan

Wahai ALLAH, Berikan ganjaran baik kepada mereka yang berbuat kebaikan
Wahai ALLAH, Hindarkan diri kami dari segala macam kesulitan
Wahai ALLAH, Kami akhiri permohonan dengan mengharapkan Pertolongan...



وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Saturday, May 30, 2009

المناجــــــات





يا حي يا قيوم برحمتك أستغيث ومن عذابك أستجير
أصلح لي شأني كله ولا تكلني إلى نفسي
ولا إلى أحد من خلقك طرفة عين



"Wahai yang Maha Hidup, Wahai yang Maha Berdiri Sendiri, aku memohon Pertolongan dengan RahmatMu, dan aku memohon Perlindungan daripada SiksaMU. Berilah kepadaku kebaikan dalam semua permasalahanku, janganlah Engkau Menyerahkan daku kepada diriku sendiri, dan jangan juga kepada salah seorang pun daripada MakhlukMU walau sekelip mata sekalipun."

Friday, May 29, 2009

Wasiat² dari Habibana



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



للهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق
والخاتم لما سبق والناصر الحق بالحق
والهادي الى صراطك المستقيم صلى الله عليه
وعلى أله وأصحابه حق قدره ومقداره العظيم
- Selawat Fatih


الســـــــلام عليكم ورحمة الله وبركــــــاته






Rahsia Kedua Sayap Seekor Lalat

"Semua yang disembah selain ALLAH berkumpul jadi satu untuk menciptakan seekor lalat, mereka tidak akan mampu, mereka tidak akan mampu untuk menciptakan seekor lalat walaupun berkumpul secara keseluruhan."

Taushiyah dari Habibana Munzir ibn Fuad Almusawa حفظه الله تعالى yang telah disampaikan
di Masjid Almunawar, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 18hb Mei 2009M.






Jadilah Kalian Bersaudara Sesama Hamba ALLAH سبحانه وتعالى

Taushiyah dari Habibana Munzir ibn Fuad Almusawa حفظه الله تعالى yang telah disampaikan
di Masjid Almunawar, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 25hb Mei 2009M.
Insya`ALLAH, ziarahi hamba juga di Vimeo.


بارك الله فيكم والله تعالى أعلم بالصواب

Thursday, May 28, 2009

Cinta Adalah Api ♥ Mohon Doa



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها
وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها
وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Syifa` / Thibbul Qulub


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





Berkata Guru Mulia al`Allamah al-Musnid al-Habib Umar ibn Hafiz حفظه الله تعالى :
"Cinta adalah Api, bila digunakan pada tempat nya maka ia akan menghangatkan,
memasak, menerangi dan membawa keindahan, namun bila ditaruh bukan
pada tempat nya, maka akan membakar dan menghanguskan ...

Inilah api yang zahir, bagaimana dengan api yang batin,
ketika berpijar dalam kerinduan kepada ALLAH سبحانه وتعالى ...

Demikianlah jiwa-jiwa yang merindukan ALLAH, insan-insan mulia yang bernafas
dimuka bumi dalam satu nafas ... Nafas Muhammadiy ... Jiwa Muhammadiy ...
Semangat Muhammadiy صلى الله عليه وسلم ...

Oleh sebab itu ALLAH سبحانه وتعالى menamakan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم
adalah "Siraajan Muniira" (Pelita yang berpijar terang-benderang),
dan pelita itu terang kerna api nya, Api Cinta Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم
kepada ALLAH, Cinta yang paling Suci dari semua cinta ..."
- al-Habib Munzir ibn Fuad ibn `Abdurrahman حفظه الله تعالى





Al HamduliLlah wa asy-Syukru liLlah, segala Puji dan Syukur kita rafa`kan KehadratNYA, BagiNYA, UntukNYA dan KernaNYA, di atas Limpahan ni`mat Iman dan Islam. Mengikut Tahun Masihi, tanggal hari ini, adalah hari kelahiran hamba ke bumi yang sungguh bertuah lagi diberkahi ini. Mengapakah hamba berkatakan demikian? Kerna sesungguh nya bumi ini, diatas Qudrat dan `Iradah ALLAH سبحانه وتعالى, ia dapat bertemu dengan Jasad Baginda صلى الله عليه وسلم yang Suci lagi Mulia. Lalu bagaimanakah pula dengan diri kita yang mengaku sebagai ummat Baginda صلى الله عليه وسلم? Adakah kita akan diberikan peluang walaupun hanya sedetik untuk melihat wajah Baginda صلى الله عليه وسلم yang Sempurna lagi Indah? ALLAHu ALLAH.


Lantas, dikesempatan ini hamba ingin memohon maaf zahir dan batin kepada antum sekelian, selama mana antum mengenali diri hamba, secara langsung mahupun tidak. Hamba juga memohon agar antum sudi mengulurkan secebis doa, semoga ALLAH senantiasa mendekatkan diri hamba KepadaNYA dan kepada RasulNYA صلى الله عليه وسلم, di dunia dan Akhirat.


Wahai ALLAH, Limpahkanlah Selawat pada Ruh Sayyidina Muhammad di alam arwah, dan Limpahkanlah pula pada Jasad nya di alam jasad, dan pada Kubur nya di alam kubur...


Dengan Berkah, Kesucian, Keluhuran dan Syafa`at Baginda صلى الله عليه وسلم, semoga ALLAH Melimpahkan kedamaian, kemakmuran, kebahagiaan, ketenangan dan cahaya Iman serta Taqwa keatas kita semua ummat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم, di dunia dan Akhirat, dan semoga disetiap denyutan nadi serta degupan jantung dan hembusan nafas serta kerlipan mata kita, senantiasa didalam KeredhaanNYA ALLAH سبحانه وتعالى dan RasulNYA صلى الله عليه وسلم. Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram...


Wahai ALLAH, sesungguh nya kami mencurahkan KepadaMU keinginkan kami walaupun lemah fikiran kami dan sedikit amalan kami, kami sangat mengharapkan kepada RahmatMU. Wahai ALLAH, hanya Engkaulah matlamat kami dan Redha Engkaulah tuntutan kami, kurniakanlah kepada kami kelazatan MencintaiMU dan MengenalMU. Wahai ALLAH, inilah doa kami dan DariMU `Ijabah, inilah semua kemampuan kami dan KeatasMU kami bertawakkal. Sesungguh nya kami adalah MilikMU dan KepadaMU jualah tempat kami kembali. Tiada daya dan upaya kecuali dengan Pertolongan ALLAH yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Wednesday, May 27, 2009

... يا فارج الهم يا كاشف الغم يا من لعبده يغفر ويرحم



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد صلاة تنجينا بها من جميع
الأهوال وا لأفات وتقضى لنا بها جميع الحاجات وتطهرنا
بهامن جميع السيئات وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات
وتبلغنا بها أ قصى الغايات من جميع الخيرات فى الحيا ة
وبعد الممات وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Munjiyyah


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





Masya`ALLAH, 1001 perkara di alam maya mahupun di alam nyata ini, harus hamba tempuhi. Ya ALLAH, ya Rabbi, diatas setiap perkara, Engkau Permudahkan dan janganlah Engkau Payahkan dan Kurniakanlah diatas setiap perkara itu kesudahan yang baik. ALLAHumma amiin. Kepada mereka yang ada berkaitan dengan nya, mohon doa dan kesabaran antum sekalian. Kepada mereka yang telah diperlekehkan dan dihina, jangan hiraukan tomahan dan cacian mereka, jangan berdukacita, bersabarlah dan mohon kekuatan iman kepadaNYA. Yang mulia diantara kita hanya ada pada `Ilmu ALLAH. Manusia hanya memandang pada zahir tetapi ALLAH Memandang pada batin nya; hati itu adalah tempat Tilikan ALLAH, bukan paras-rupa dan kekayaan seseorang.


Kepada mereka yang telah dizalimi, jangan sekali-kali kita mendoakan perkara-perkara yang tidak baik kepada mereka yang telah menzalimi diri kita. Walaupun orang yang dizalimi dibahagikan bonus iaitu doa mereka mustajab, sebelum kita menadah tangan dan berdoa, fikir sejenak, apakah kita tidak pernah ataupun terlepas dari menzalimi orang lain pula, secara sengaja ataupun tidak? Apabila ALLAH Mengabulkan doa kita, demikianlah juga ALLAH akan Mengabulkan doa-doa mereka. Justru, disinilah ajaran ALLAH `Azzawajalla menerusi Baginda ShalALLAHu`alaihiwasalam yang Mulia, agar senantiasa mendoakan perkara-perkara yang baik dalam segala perkara dan keadaan, walaupun diri kita dizalimi. Seandai nya kita mudah untuk memaafkan, demikianlah juga dengan mudah ALLAH akan membukakan hati-hati mereka yang pernah kita zalimi ataupun TERzalimi itu tadi, untuk memaafkan kita pula. Semoga dengan itu ALLAH juga Mengampuni segala dosa-dosa kita dan juga mereka, beserta itu pelbagai Kurniaan dari ALLAH, yang Maha Luas lagi Maha Mengetahui akan KurniaanNYA, bakal kita raih, jika tidak di dunia ini, di Akhirat kelak.


Mohon jutaan ampun dan maaf diatas kalam hamba yang mungkin ada yang mengguris hati antum sekalian. Semoga ALLAH Mengurniakan kepada kita semua keimanan Islam yang hakiki sehingga kita berjaya di dunia ini juga di Akhirat kelak didalam keadaan kita diterima dan diredhai ALLAH Subhana wa Ta`ala dan RasulNYA ShalALLAHu`alaihiwasalam. Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram.


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Friday, May 22, 2009

Jom Talaqqi!



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته



Salam Penghulu segala hari... Al HamduliLlah, segala Puji keatasNYA dan Syukur diatas ni`mat Iman dan Islam, yang telah melanjutkan usia kita sehari lagi untuk kita beribadah dan bertaubat kepadaNYA, yang telah memberikan kita kesihatan tubuh badan dan sesungguh nya kepadaNYA jualah tempat kita kembali...


Insya`ALLAH, kerinduan kita kepada kedatangan al-Fadhil Tuan Guru bakal terubat dan terawat pada hujung minggu ini, kerna beliau al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki حفظه الله تعالى, akan hadir untuk menyambung kembali pengajian kitab "40 Mutiara Hadiths dari 40 buah Kitab". Sila rujuk jadual, insya`ALLAH akan disertakan sejurus ini.


Mari kita rebut peluang keemasan ini dengan meluangkan sedikit masa untuk menghadirkan diri dan berhimpun bersama-sama dengan seorang Ulama` yang tidak asing ini. Semoga ALLAH `Azzawajalla Memberi kita manfaat dengan beliau, `ilmu-`ilmu beliau, rahsia-rahsia beliau, cahaya beliau dan Menghimpunkan kita bersama dengan beliau dalam keadaan baik dan `afiah, dengan segala nya itu semakin mendekatkan kita lagi kepadaNYA `Azzawajalla dan kepada Baginda صلى الله عليه وسلم pada setiap detik dan kejap. Kepada semua, semoga ALLAH `Azzawajalla Meredhai dan Menerima segala niat dan usaha yang murni ini, dan Melimpahkan Rahmat, Keberkahan, Kemudahan, Kesihatan serta Keikhlasan kepada kita semua agar dapat beristiqamah dalam kemuliaan di dunia dan di Akhirat.



Jadual

Tarikh : Sabtu, 23hb Mei Waktu : Ba`da Isya` Tempat : Masjid Sultan (Basement)
- Forum bersama al-Fadhil Tuan Guru & Ustaz Azhar `AbduLlah حفظه الله تعالى

Tarikh : Ahad, 24hb Mei Waktu : 8.30 pagi Tempat : Masjid Mujahidin

Tarikh : Ahad, 24hb Mei Waktu : 7.30 malam Tempat : Masjid al-Mukminin

Tarikh : Isnin, 25hb Mei Waktu : 11 pagi Tempat : Masjid Sultan (Basement)


Ya ALLAH, Ya Rabbi, Hadirkanlah dan himpunkanlah kami bersama-sama dengan beliau. Amiin
Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram.




وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Monday, May 18, 2009

Keluhan Dari Seorang Murid ♥ Pencinta



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته




- Keluhan dari seorang Murid : "Habibana Munzir yang Malady hormati. Malady senang banget bisa hadir pada Tablig Akbar kemarin yang di Masjid Istiqlal bersama Guru Mulia Habibana Umar bin Hafidz. SubhanALLAH.... jama`ah nya yang begitu membludak sampai-sampai halaman depan Masjid tidak kelihatan aspal nya. Tapi Bib, Malady sedih tidak bisa salaman sama Habib Umar.


Soal nya Malady sekalipun belum pernah bersalaman dengan Guru Mulia al-Habib Umar. Entah kapan ya Bib Malady bisa cium tangan Habib Umar?"


- Nasihat yang indah dari seorang Guru حفظه الله تعالى : "Kesejukan Kasih SayangNYA semoga selalu menerangi hari-hari anda dengan kebahagiaan. Saudaraku yang kumuliakan, alhamdulillah... ketahuilah Guru Mulia selalu berkata, mushafahah (bersalaman) dengan hati beliau (mencintai beliau) lebih afdhal dari bersalaman dengan jasad beliau, maka kita mencintai beliau seakan kita selalu bersalaman dengan beliau, karena salaman adalah beberapa detik saja, setelah itu lepas.


Insya`ALLAH segera muncul waktu anda akan jumpa dan bersalaman secara jasad dengan beliau, amiin. Semoga kita selalu bersama beliau dunia dan akhirat. Demikian saudaraku yang kumuliakan, semoga dalam kebahagiaan selalu, semoga sukses dengan segala cita-cita. WALLAHu a`lam.


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Sunday, May 17, 2009

Ingin Bermimpi Nabi صلى الله عليه وسلم



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الرؤوف الرحيم
ذي الخلق العظيم وعلى آله وأصحابه وأزواجه
في كل لحظة عدد كل حادث وقديم

- Selawat ar-Ra`uf ar-Rahim


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






Seorang murid berjalan menuju rumah Syeikh nya. Tampak di wajah nya sedang menginginkan sesuatu. Ketika sampai di rumah Syeikh nya, dia duduk bersimpuh beradab di hadapan Sang Syeikh tak bergeming sedikitpun. Kemudian dengan wajah dan suara yang berwibawa itu, bertanyalah Syeikh kepada murid nya,
"Apakah yang membuatmu datang kepadaku di tengah malam begini?"


Dijawab nya dengan suara yang halus,
"Wahai Syeikh, sudah lama aku ingin melihat wajah Nabiku صلى الله عليه وسلم walau hanya lewat mimpi, tetapi keinginanku belum terkabul juga."

"Ooh... itu rupa nya yang kau inginkan. Tunggu sebentar," jawab Syeikh.


Dia mengeluarkan pena, kemudian menuliskan sesuatu untuk murid nya.
"Ini... bacalah setiap hari sebanyak seribu kali. Insya`ALLAH kau akan bertemu dengan Nabimu."


Pulanglah murid membawa catatan dari Sang Syeikh dengan penuh harapan ia akan bertemu dengan Nabi صلى الله عليه وسلم.


Tetapi setelah beberapa minggu kembalilah murid ke rumah Syeikh nya memberitahukan bahwa bacaan yang diberikan nya tidak berpengaruh apa-apa. Kemudian Syeikh memberikan bacaan baru untuk dicuba nya lagi.


Sayang nya beberapa minggu setelah itu murid nya kembali lagi memberitahukan kejadian yang sama. Setelah berdiam beberapa saat, berkatalah Sang Syeikh,
Nanti malam engkau datang ke rumahku untuk aku undang makan malam."


Sang murid menyetujui permintaan Syeikh nya dengan penuh keheranan. Dia ingin bertemu Nabi, tetapi kenapa diundang makan malam. Karena dia termasuk murid yang taat, dipenuhi nyalah permintaan Syeikh nya itu.


Datanglah ia ke rumah Syeikh nya untuk meni`mati hidangan malam nya. Ternyata Syeikh hanya menghidangkan ikan asin saja dan memerintahkan murid nya untuk menghabiskan nya.
"Makan, makanlah semua dan jangan biarkan tersisa sedikitpun!"


Maka sang murid pun menghabiskan seluruh ikan asin yang ada. Setelah itu ia merasa kehausan karena memang ikan asin membuat orang haus. Tetapi ketika ingin meneguk air yang ada di depan mata nya, sang Syeikh melarang nya,
"Kau tidak boleh meminum air itu hingga esok pagi, dan malam ini kau akan tidur di rumahku!" kata Sang Syeikh.


Dengan penuh keheranan dituruti nya perintah Syeikh tadi. Tetapi di malam hari ia susah untuk tidur karena kehausan. Ia membolak-balikkan badan nya, hingga akhir nya tertidur karena kelelahan. Tetapi apa yang terjadi? Ia bermimpi bertemu Syeikh nya membawakan satu ember air dingin lalu mengguyurkan ke badan nya. Kemudian terjagalah ia karena mimpi itu seakan-akan benar-benar terjadi pada diri nya. Kemudian ia mendapati Syeikh nya telah berdiri di hadapan nya dan berkata,
"Apa yang kau mimpikan?"


Dijawab oleh nya,
"Syeikh, aku tidak bermimpi Nabiku صلى الله عليه وسلم. Aku memimpikanmu membawa air dingin lalu mengguyurkan ke badanku."


Tersenyumlah Sang Syeikh karena jawaban murid nya. Kemudian dengan bijaksana ia berkata,
"Jika cintamu pada Nabi seperti cintamu pada air dingin itu, kau akan bermimpi Nabimu صلى الله عليه وسلم."


Menangislah sang murid dan menyadari bahwa di dalam diri nya belum ada rasa cinta kepada Nabi. Ia masih lebih mencintai dunia daripada Nabi. Ia masih meninggalkan Sunnah-Sunnah nya. Ia masih menyakiti hati umat Nabi. Ia masih... masih... masih...
"Ooh berapa banyak tenaga yang harus aku keluarkan untuk bertemu Nabiku. Aku sadari Nabiku bukan sesuatu yang murah dan mudah untuk dipetik atau dibeli dengan uang. Aku hanya berharap semoga Nabiku mendengar keluhan yang keluar dari hatiku ini dan menjemputku walau di dalam mimpi."
Nukilan indah : al-Fadhil Ustaz Husin Nabil ibn Najib as-Saqqaf حفظه الله تعالى - Sumber


اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور



سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Doa Nabi صلى الله عليه وسلم Ketika Solat Tahajjud



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل صلاة كاملة وسلم سلاما تاما على سيدنا محمد
الذى تنحل به العقد وتنفرج به الكرب وتقضى به الحوائج
تنال به الرغائب وحسن الخواتم وسيتشقى الغمام بوجهه الكريم
وعلى آله وصحبه فى كل لمحة ونفس بعدد كل معلوم لك
- Selawat at-Tafrijiyyah / Selawat an-Nariyyah / Selawat Kamilah


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





"Seorang Muslim memahami, dia adalah salah seorang yang dicintai ALLAH. Jika ALLAH membenci nya maka bisa saja ALLAH Membalikkan nya sehingga ALLAH tidak ingin ia bersujud kepadaNYA. Kalau ALLAH Benci kepada kita maka kita tidak akan bisa sujud kepada ALLAH, tidak akan bisa menyebut Nama ALLAH. Kalau ALLAH sudah benci kepada hambaNYA, bagaimana hamba itu bisa menggerakkan bibir nya menyebut Nama ALLAH? Namun ALLAH masih Mengizinkan supaya kita semakin dekat kepadaNYA dengan Kecintaan ALLAH سبحانه وتعالى kepada kita. Jawablah CintaNYA ALLAH."


Taushiyah dari Habibana Munzir ibn Fuad Almusawa حفظه الله تعالى yang telah disampaikan
di Masjid Almunawar, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 11hb Mei 2009M.


Insya`ALLAH, ziarahi hamba juga di Vimeo.


بارك الله فيكم والله تعالى أعلم بالصواب

Thursday, May 14, 2009

قـصيـدة نسـيــم





اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة


"Telah berhembus angin sejuk dari pangkuan RasuluLlah صلى الله عليه وسلم kearah kami,
angin sejuk pada nya terdapat ubat dan kesembuhan. Dengan menghirup nya segala yang zahir
dan yang tersembunyi menjadi baik, sungguh beruntung orang-orang yang selalu
mengikuti Nabi صلى الله عليه وسلم disetiap keadaan nya...


Di atas pijakan kaki kesetiaan bersama pemilik kesetiaan mereka adalah orang-orang besar,
mereka adalah orang-orang mulia. Mereka adalah pemilik rahsia Illahi mereka adalah pemilik
kesucian dan ketulusan. Wahai yang melantunkan nada, lantunkanlah syair-syairmu
dengan RasuluLlah صلى الله عليه وسلم, keadaanku sungguh telah menjadi bersih...


Apabila telah nampak pandangan Kemurahan ALLAH, nescaya ia akan memaafkan kesalahan
kita, cukuplah ALLAH bagiku dan sebaik-baik Dzat yang mencukupi
adalah Dzat yang telah mencukupiku. Segala pemberian dan segala kesihatan
serta kesembuhan berasal dariNYA, wahai Dzat Yang Maha Luas KemurahanNYA,
wahai Tuhanku sebaik-baik Dzat yang telah Memberikan `Afiah...


Berikanlah kepada kami kebersamaan bersama hambaMU yang terpilih RasuluLlah
صلى الله عليه وسلم, tuntunlah kami kepada ajaran orang-orang yang telah mengikuti hidayah NabiMU.
Kami dapat di tetapkan dalam dewan para pewaris RasuluLlah صلى الله عليه وسلم, para pengganti-pengganti beliau dengan pangkat kebesaran Ahmad Kekasih ALLAH gudang segala kesucian...


Selawat Tuhanku keatas nya selama kehidupan berada dan keluarga serta para sahabat,
selama langit bersinar dengan kilat nya dan bergemuruh dengan suara nya..."



Munsyid : Akhina Muhammad Irfan aka Muhammad Qolby
Muat-Turun MP3 : diSini
Ihsan : Majelis RasuluLlah صلى الله عليه وسلم



بارك الله فيكم والله تعالى أعلم بالصواب

Monday, May 11, 2009

ALLAH Menyayangi Orang Yang Pemaaf...



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله
عدد كمال الله وكما يليق بكماله
- Selawat al-Kamaliyyah


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






"ALLAH Menyayangi orang yang pemaaf dalam jual dan beli,
dan pemaaf pada hutang piutang nya." - Shahih Imam al-Bukhari رحمه الله تعالى


"Kalau ia membeli, tidak terlalu sangat banyak menawar, kalau ia menjual tidak terlalu banyak mengambil untung dan tidak menipu pembeli nya... Ketika mereka mempunyai hutang kepada orang lain dengan sifat baik nya, ia datangi orang yang ia pinjam uang nya dan ia kembalikan dengan baik, dengan sopan dan dengan mulia. Atau sebalik nya jika ia orang lain berhutang pada nya maka ia meminta atau menagih nya dengan sopan dan baik. Orang-orang yang seperti ini dicintai oleh ALLAH, disayangi ALLAH.


Semoga ALLAH سبحانه وتعالى Mengangkat derajat kita setinggi-tinggi nya, semoga ALLAH Memuliakan hari-hari kita, Mengangkat derajat kita, Menyingkirkan segala kesulitan kita dan Menjauhkan kita dari musuh-musuh kita. Rabbiy Lindungi kami dari segala kemungkaran, Rabbiy Lindungi kami dari segala dosa, Rabbiy Lindungi kami dari segala kesulitan, Rabbiy Lindungi kami dari segala musibah, Rabbiy Lindungi kami dari segala kejahatan, Rabbiy Lindungi kami dari segala kemungkaran, Ya Rahman Ya Rahim Ya Dzal Jalali wal Ikram, Wahai Yang Maha Berhak dicintai, Wahai Yang Maha Suci, Wahai Yang Maha Luhur, Wahai Yang Maha Mengangkat keinginan untuk berbuat keji, Angkat keinginan dari sanubari kami segala sifat yang hina, segala keinginan yang Kau Murkai dan Gantikan dengan hal-hal yang Kau Redhai."



Taushiyah dari Habibana Munzir ibn Fuad Almusawa حفظه الله تعالى yang telah disampaikan
di Masjid Almunawar, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 04hb Mei 2009M.
Doa menutup oleh Habibana Ahmad `Attas ibn Hafiz حفظه الله تعالى.


Insya`ALLAH, ziarahi hamba juga di Vimeo.


بارك الله فيكم والله تعالى أعلم بالصواب

Saturday, May 9, 2009

إلـــــــــــــهي أنت مقصــــــــــــــــودي





إلهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي أعطني محبتك ومعرفتك يا الله

"Tuhanku, Engkaulah matlamatku dan KeredhaanMU tuntutanku,
kurniakanlah kepadaku kelazatan mencintaiMU dan mengenalMU, wahai ALLAH."

Wednesday, May 6, 2009

Rakaman Majlis Maulid & Ta`lim (III)



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها
وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها
وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Syifa` / Thibbul Qulub


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





Posting ini adalah kesinambungan perkongsian yang lalu, akan tetapi rakaman-rakaman kali ini telah dilakukan oleh Saudara/ri seIman seTaqwa kita, yang jelas kelihatan nya seseorang yang begitu gemar berada di Taman-Taman SyurgaNYA di dunia ini. Masya`ALLAH TabarakALLAH wa ahsanal Khaliqin. Justru, hamba menghimbau antum sekalian untuk meluangkan sedikit masa dan menziarahi Lelaman beliau. Semoga kita memperolehi manfaat serta barakah dari nya pada zahir dan batin, di dunia dan Akhirat.


Kepada Pemilik Lelaman Wirid.com, semoga ALLAH `Azzawajalla Meredhai, Menerima dan Memberkati segala usaha baikmu, menetapkan keimananmu dan meningkatkan ketaqwaanmu dan dikurniakanmu `afiah serta Maghfirah dan juga sebaik-baik ganjaran pada zahir dan batinmu, di dunia dan di Akhirat dengan Barakah dan Syafa`at Junjungan kita, Sayyidina Muhammad ibn `AbdiLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam. Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram...



ربنا آتنا في الدنيا حسنة
وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Friday, May 1, 2009

Doa Nabi صلى الله عليه وسلم Mohon Perlindungan ALLAH سبحانه وتعالى



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






أعوذ بكلمات الله التامة من كل شيطان وهامة ومن كل عين لامة

"Aku berlindung kepada ALLAH demi seluruh Kalimat-KalimatNYA, dari segala syaitan,
dan segala racun, dan dari segala penyakit-penyakit akal dan kegilaan."


"...doa ini boleh dibacakan untuk anak kita yang baru lahir atau yang sudah bertahun-tahun usia nya pun bisa. Dan yang belum punya keturunan, simpan saja dan niatkan kalau punya keturunan nanti bacakan ini.... Dan tentu nya kalimat ini bukan pertama kali nya diucapkan oleh Sang Nabi صلى الله عليه وسلم tapi kalimat ini adalah ucapan NabiyuLlah Ibrahim untuk Nabi Ismail dan Nabi Ishaq yang kedua nya kemudian menjadi orang-orang yang mulia dan suci. Terjaga dari penyakit akal, terjaga dari segala godaan syaitan, terjaga daripada segala hal yang mungkar. Dengan ucapan inilah Nabi Ismail علـيه السلام menjadi manusia yang mulia dengan doa keagungan kalimat-kalimat Ilahi.


Yang kemudian dari keturunan Nabi Ismail, muncullah Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم, Sayyidatuna Fatimah az-Zahra (Puteri Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم) dan keturunan nya Sayyidina Hasan wa Husein, dan selanjut nya dari para Habaib dan Akramin. Demikian agung nya kalimat ini, yang tampak nya hal yang sangat remeh tapi kalau kita buka inilah rahasia RahmatNYA ALLAH yang muncul dengan kebangkitan Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم. Maka kita membaca kalimat ini sering-sering bukan dari kalimat hadits nya (saja) tapi dari kalimat "أعوذ بكلمات الله التامة من كل شيطان وهامة ومن كل عين لامة". Jadi Nabi صلى الله عليه وسلم mengajari, mendoakan, melindungi Sayyidina Hasan wa Husein dengan doa ini agar terlindungi daripada racun, daripada sihir dan lain sebagai nya."



Taushiyah dari Habibana Munzir ibn Fuad Almusawa حفظه الله تعالى yang telah disampaikan
di Masjid Almunawar, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 27hb April 2009M.


Insya`ALLAH, ziarahi hamba juga di Vimeo.


بارك الله فيكم والله تعالى أعلم بالصواب