"Seseorang Akan Bersama Orang Yang Ia Cintai"


Janji RasuluLlah ﷺ bahwa semua akan bersama orang yang ia cintai dihari kiamat. Semoga kita hidup dan wafat dalam cinta kepada RasuluLlah ﷺ dan para Ulama` Shalihin. Amiin ALLAHumma amiin. Al-Fatihah.

Koleksi Selawat Dalam Blog Ini


Terjemahan serta syarahan oleh asy-Syeikh Yusuf ibn Ismail an-Nabhani RahimahuLlah.

Thursday, December 31, 2009

Kenapa Saya Harus Maafkan Orang Yang Jahat Pada Saya? Kerna Kau Juga Banyak Berbuat Jahat Kepada ALLAH - Habib Munzir al-Musawa



بســـــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



للهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق
والخاتم لما سبق والناصر الحق بالحق
والهادي الى صراطك المستقيم صلى الله عليه
وعلى أله وأصحابه حق قدره ومقداره العظيم
- Selawat Fatih


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته



Mesti Lihat!





"... tidak malukah kita yang banyak berbuat jahat kepada ALLAH
jika tidak mau memaafkan orang yang berbuat jahat kepada kita?!"



Taushiyah dari Habibana Munzir ibn Fuad al-Musawa حفظه الله تعالى diikuti dengan taushiyah dari Habibana `Alwi ibn Utsman ibn Yahya حفظه الله تعالى, yang telah disampaikan di Masjid al-Munawar, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 28hb December 2009M. Qasidah : Ma KhoyyabALLAH. Insya`ALLAH, ziarahi hamba juga di Vimeo.


Semoga ALLAH سبحانه وتعالى Melimpahkan Kesembuhan pada Habibana Munzir ibn Fuad al-Musawa dan sesiapa yang sedang diuji dengan kesihatan mereka, dengan Kesembuhan yang sempurna, `afiah kamilah yang Berlimpah untuk mereka Pengampunan atas segala dosa dan Dipanjangkan usia mereka dengan kebahagiaan. Amiin ALLAHumma amiin. Biniyyat Syifa` yang sempurna untuk Habibana dan mereka semua wa `ilaa hadratin Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, al-Fatihah....


^ Siaran langsung Majlis Ta`lim bersama Habibana adalah pada setiap hari Isnin bermula pada pukul 10.00 malam; waktu Singapura. Antum bisa mendengar nya melalui Lelaman Habibana ataupun Lelaman ASWAJA (Radio). Majlis Ta`lim akan dimulakan dengan bacaan Maulid Addhiya`Ullami kemudian diikuti dengan Pengajian Hadiths bimbingan Habibana, dan diakhiri dengan dzikr, qasidah serta doa munajat.



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Wednesday, December 30, 2009

Wahai ALLAH, Hadirkanlah & Himpunkanlah Kami Bersama-Sama Dengannya



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها
وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها
وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Syifa` / Thibbul Qulub


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته




- Jadual Kunjungan Guru Mulia di Indonesia dan Malaysia.



Doa munajat Guru Mulia al-Musnid al-`Allamah al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz حفظه الله تعالى : "Wahai Tuhan kami, Sempurnakanlah Cahaya kami, dan Ampuni kami dan Engkau Maha Berkuasa atas Segala Sesuatu, Wahai Tuhan kami, Sempurnakanlah Cahaya kami, dan Ampuni kami dan Engkau Maha Berkuasa atas Segala Sesuatu, Wahai Tuhan kami, Sempurnakanlah Cahaya kami, dan Ampuni kami dan Engkau Maha Berkuasa atas Segala Sesuatu...


Demi KekasihMU Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم, aku bersumpah padaMU, agar Engkau Jadikan kami dari golongan yang beriman dan beramal Shalih, dan yang saling menasihati dalam kebaikan dan kesabaran, dan agar Engkau Angkat musibah dari penduduk wilayah ini dan seluruh wilayah Muslimin, dan agar Engkau Pindahkan keadaan Muslimin pada keadaan yang seindah-indah nya...


Dan agar Engkau Berikan bagi kami Husnul Khatimah saat kematian, dan agar Engkau Jadikan akhir dari ucapan kami di dunia ini adalah لا إله إلا الله, dan agar Engkau Masukkan kami pada kubur kami dengan Cahaya لا إله إلا الله, dan agar Engkau Kumpulkan kami di hari Kiamat dengan golongan yang sempurna dalam لا إله إلا الله, dan agar Engkau Benamkan kami dan Engkau Penuhi kami dengan Cahaya dan Hakikat لا إله إلا الله, dan pada segala permohonan ini dan segala yang tidak kami ketahui dan dalam tirai selubung PengetahuanMU Ya ALLAH...


Maka kami semua bermunajat kepadaMU, dan kami semua mengemis kepadaMU, agar Engkau Muliakan kami dengan itu semua Ya ALLAH, Maka kami semua berucap : "Ya ALLAH, Ya ALLAH..." Janganlah seorang pun meninggalkan Majlis ini kecuali sudah Terampuni dosa nya, Tertutup segala `aib nya, Shalih hati nya, Terlimpahkan permintaan nya, Terjaga sisa usia nya, Berakhir dengan kebaikan, Wahai Yang Maha Lebih Mengasihani dari semua pemilik sifat kasih sayang."


Doa munajat Guru Mulia al-Habib Munzir bin Fuad al-Musawa حفظه الله تعالى : "Semoga acara agung malam 1 Januari kita sukses bersama Guru Mulia al-Musnid al-`Arif biLlah al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafizh, dan juga acara di Monas 4 Januari juga sukses dihadiri oleh banyak Muslimin yang membawa kedamaian bagi diri kita dan bangsa kita dan bagi seluruh Muslimin di barat dan timur. Amin ALLAHumma Amiin."



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة
إنك أنت الوهاب برحمتك يا أرحم الراحمين

اللهم اغفر لنا ولوالدينا وللمسلمين والمسلمات
والمؤمنين والمؤمنات الاحياء منهم والاموات
برحمتك يا أرحم الراحمين

اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك
برحمتك يا أرحم الراحمين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Tuesday, December 29, 2009

Alangkah Malangnya Andai Masih Terus Terlena, Sedang Usia Semakin Sirna - Ustaz Raja Ahmad Mukhlis



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل صلاة كاملة وسلم سلاما تاما على سيدنا محمد
الذى تنحل به العقد وتنفرج به الكرب وتقضى به الحوائج
تنال به الرغائب وحسن الخواتم وسيتشقى الغمام بوجهه الكريم
وعلى آله وصحبه فى كل لمحة ونفس بعدد كل معلوم لك
- Selawat at-Tafrijiyyah / Selawat an-Nariyyah / Selawat Kamilah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني و أنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك على و أبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






"Kembalilah kepadaNYA dengan ketaatan,
sebelum kembali kepadaNYA tanpa amalan.
Kembalilah kepadaNYA dengan kejujuran,
sebelum kembali kepadaNYA dengan penuh sesalan."

- baca selanjut nya disini



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Ciri² Manusia Yang Paling Baik



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده


اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الرؤوف الرحيم
ذي الخلق العظيم وعلى آله وأصحابه وأزواجه
في كل لحظة عدد كل حادث وقديم

- Selawat ar-Ra`uf ar-Rahim


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






Daripada `AbduLlah al-Maazani رضي الله تعالى عنه kata nya :

"Ada dua orang bedui datang berjumpa RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم,
lantas seorang daripada mereka bertanya :
"Wahai RasuluLlah, siapakah manusia yang palling baik itu?"
Jawab Baginda : "Orang yang panjang umur nya dan baik amalan nya."

Kemudian yang seorang lagi bertanya :
"Wahai RasuluLlah, sesungguh nya petunjuk² Islam dan syari`at nya benar²
sudah banyak yang aku tahu, apakah yang patut Tuan suruh saya sekarang?"
Maka sabda nya : "Sentiasalah lidahmu basah dengan mengingati ALLAH تعالى!""


- Hadiths riwayat al-Thabarani رحمة الله تعالى عليه; dari kitab "40 Mutiara Hadis dari 40 Buah Kitab" karangan asy-Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki حفظه الله تعالى



صـــــدق رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Friday, December 25, 2009

We (Muslim) May Be Simple People, But We Are NOT Empty People - Ustaz Abu Zaki Yusof






إلهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي
أعطني محبتك ومعرفتك يا الله
وحسبنا الله ونعم الوكيل نعم المولى ونعم النصير


Thursday, December 24, 2009

Orang Yang Berhijrah



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





Taushiyah dari Habibana Munzir ibn Fuad al-Musawa حفظه الله تعالى yang telah disampaikan di Masjid al-Munawar, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 21hb December 2009M. Qasidah : Ma KhoyyabALLAH. Insya`ALLAH, ziarahi hamba juga di Vimeo.


^ Siaran langsung Majlis Ta`lim bersama Habibana adalah pada setiap hari Isnin bermula pada pukul 10.00 malam; waktu Singapura. Antum bisa mendengar ataupun melihat nya secara langsung melalui Lelaman Habibana ataupun Lelaman ASWAJA (Radio). Majlis Ta`lim akan dimulakan dengan bacaan Maulid Addhiya`Ullami kemudian diikuti dengan Pengajian Hadiths bimbingan Habibana, dan diakhiri dengan dzikr, qasidah serta doa munajat.



Selamat Datang Wahai Guru Mulia




- Jadual Kunjungan Guru Mulia di Indonesia dan Malaysia.


Diantara nasihat beliau : "Tanpa menahan hawa nafsu
maka manusia tidak akan sampai pada Tuhannya sama sekali
dan kedekatan manusia terhadap ALLAH menurut kadar pembersihan jiwanya."




بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين


Tuesday, December 22, 2009

Mari Kita Hijrahkan Akal Kita, Dari Mencintai Yang Fana Kepada Mencintai Yang Lebih Kekal - Hubabah Halimah al-`Aydrus







بســـــــم الله الرحمان الرحيم


"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu
berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang shalih),
Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya
serta mengerjakan solat (dengan khusyu`). (Tetapi kebanyakan kamu tidak
melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;
padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal."

- Surah al-A`laa ayat 14 - 17



صــــــــدق الله العظيم

Monday, December 21, 2009

Hamba Yang Kehilangan Kata²



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على نور الأنور وسر الأسرار وترياق الأغيار
ومفتاح باب اليسار سيدنا و مولانا محمد المختار
وآله الأطهار وأصحابه الأخيار عدد نعم الله وأفضاله

- Selawat asy-Syeikh Ahmad al-Badawi / Selawat Nur / Selawat Anwaar dan Asror


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






Wahai ALLAH, Puji dan Syukurku rafa`kan kehadratMU dalam segala hal dan keadaan. Sesungguh nya Rahmat, Kurniaan dan Kasih-SayangMU wahai ALLAH, sangat Luas dan tiada batas. HambaMU ini tidak mampu menghitung apalagi membalas nya. Syukur, kerna kedua Ibubapaku mengizinkanku, yang sudah tentu pasti Engkaulah yang telah Mengerakkan hati mereka berdua. Pandanglah mereka wahai ALLAH, senantiasa dengan Rahmat, Hidayah, Maghfirah dan Kasih-SayangMU. ALLAHumma amiin. Syukur, kerna telah Mengizinkan hambaMU ini berhimpun bersama-sama dengan hamba-hambaMU yang Engkau Muliakan, yang membuatkan dia semakin Rindu kepadaMU serta semakin Rindu kepada KekasihMU, RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم.


Dari Hubabah Halimah al-`Aydrus dari Hubabah Bahiyyah, dia mengatakan :
"Bagi kita cara mendekatkan diri kepada ALLAH سبحانه وتعالى
yang paling mungkin kita lakukan
adalah dengan mencintai Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم...
Cintai Nabi sekemampuanmu mencintai seseorang....
Cintai beliau hingga menjadi ringan bagimu
mengerjakan sunnah-sunnah beliau...
Cintai beliau hingga lisanmu memiliki kegemaran
berselawat dan menyebut-nyebut nama nya...
Cintai beliau maka cinta itu akan membawamu pada nya,
pada syafa`at nya, pada Cinta ALLAH dipuncak nya."


Berikut insya`ALLAH, merupakan rakaman audio dari hari-hari yang terindah bersama Hubabah Halimah al-`Aydrus; ketika Kunjungan Da`wah beliau di Singapura. Semoga kita semua dipertemukan sekali lagi insya`ALLAH, andai tidak di dunia, di Akhirat sana nanti. ALLAHumma amiin. Hamba juga sempat mencari-cari beberapa wajah dari mereka yang pernah hadir di musim-musim yang lalu tetapi tidak berhasil. "Walaupun jasad mereka tiada kelihatan, mana kamu tahu, mungkin ruh, semangat dan doa mereka berada disini," bisik hamba memujuk diri. Wahai ALLAH, hanya Engkau sahja yang Maha Mengetahui keadaan mereka. Pandanglah mereka wahai ALLAH, senantiasa dengan Rahmat, Hidayah dan Kasih-SayangMU, demikian juga kami. ALLAHumma amiin.


Di kesempatan ini juga, hamba ingin memohon maaf diatas rakaman yang tidak memuaskan. `Ala kulli hal, semoga kita memperolehi manfaat serta barakah dari nya. Kepada mereka yang telah menjayakan Majlis yang penuh barakah ini, secara langsung mahupun tidak, diatas segala usaha serta niat yang murni ini, semoga ALLAH سبحانه وتعالى Menerima, Meredhai dan Melipat-Gandakan Pahala serta Ganjaran nya sebanyak-banyak nya. Semoga ia menjadi sebuah hadiah yang mengembirakan RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم. ALLAHumma amiin.


P/s : Ya, hamba kehilangan kata-kata apabila ingin berkongsi sama posting yang satu ini. Namun, al HamduliLlah, inilah hasil nya, Ilham dari ALLAH yang Maha Mengetahui setiap Lintasan hati hamba-hambaNYA dan Maha Mendengar setiap Bisikkan hamba-hambaNYA. Hamdan wa asy-Syukru liLlah. Yang Baik dan Bermanfaat itu Datang dariNYA ALLAH سبحانه وتعالى. Yang silap dan salah itu, datang nya dari kejahilan diri hamba sendiri, justru hamba mohon maaf dan redha.



Di al-Wehdah - Muat-turun
The Virtues of Muharram


Di Masjid Jamiyah ar-Rabitah - Muat-turun
Ladies, Be Inspired!


Di Masjid al-Falah - Muat-turun
The Virtues of Muharram



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور



اللهم أعنا على ذكرك وشكرك
وحسن عبادتك برحمتك يا أرحم الراحمين
ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة
إنك أنت الوهاب برحمتك يا أرحم الراحمين


ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Sunday, December 20, 2009

Kalian Akan Melihat Tuhan Pencipta Kalian Sebagaimana Kalian Melihat Bulan Purnama - Mesti Lihat!



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد السابق للخلق نوره
ورحمة للعالمين ظهوره عدد من مضى من خلقك ومن بقى
ومن سعد منهم ومن شقى صلاة تستغرق العد وتحيط بالحد
صلاة لا غاية لها ولا منتهى ولا أنقضاء صلاة دائمة بدوامك
وعلى آله وصحبه وسلم تسليماً مثل ذلك
- Selawat Sultanul Auliya as-Syeikh `Abdul Qadir al-Jailani قدس الله سره


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





Taushiyah dari Habibana Munzir ibn Fuad al-Musawa حفظه الله تعالى yang telah disampaikan di Masjid al-Munawar, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 14hb December 2009M. Qasaid : Ma KhoyyabALLAH dan Burdah Muhammadun. Insya`ALLAH, ziarahi hamba juga di Vimeo.


^ Siaran langsung Majlis Ta`lim bersama Habibana adalah pada setiap hari Isnin bermula pada pukul 10.00 malam; waktu Singapura. Antum bisa mendengar ataupun melihat nya secara langsung melalui Lelaman Habibana ataupun Lelaman ASWAJA (Radio). Majlis Ta`lim akan dimulakan dengan bacaan Maulid Addhiya`Ullami kemudian diikuti dengan Pengajian Hadiths bimbingan Habibana, dan diakhiri dengan dzikr, qasidah serta doa munajat.



Jakarta Menyambut Guru Mulia

Pengumuman : Majelis RasuluLlah صلى الله عليه وسلم
Gambar : HabibTour.com.au





بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Saturday, December 19, 2009

Hanya Tinggal Sehari Sahja Lagi...



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد عدد ما في علم الله
صلاة دائمة بدوام ملك الله
- Selawat as-Sa`adah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






ALLAHu ALLAH. Hanya tinggal sehari sahja lagi untuk kita dapat bersama-sama dengan Hubabah Halimah al-`Aydrus, yang saat dan ketika ini sedang berada di Singapura. Insya`ALLAH, Hubabah akan berada di Masjid al-Falah esok, hari Ahad, 20hb Disember `09, pada pukul 2.00 petang sehingga 4.00 petang. Insya`ALLAH, Hubabah akan mensyarahkan tentang bulan ALLAH yang Mulia ini, bulan Muharram, tentang hijrah; keagungan dan keistimewaan nya dll. Kehadiran antumna sangat-sangat dialukan :)


Himbauan hamba, ayuh, antumna dapatkanlah juga buku yang dikarang oleh Hubabah sendiri yang berjudul "Bidadari Bumi - 9 Kisah Wanita Salehah"; selagi stok masih ada. Antumna hayatilah bait yang indah ini :
"ALLAH, Tuhanku akan selalu Memberiku sesuai dengan niatku.
Hingga tatkala kudapati kesalahan dalam sesuatu,
kutahu ada yang salah pula dalam niatku."


Al HamduliLlah wa asy-Syukru liLlah, syukran jazilan juga diucapkan kepada kedua Ibubapa hamba yang dikasihi lagi dihormati, yang telah mengizinkan hamba untuk hadir dalam Majlis yang penuh barakah ini, barakALLAHu fikum. Syukran jazilan juga diucapkan kepada mereka yang telah berhempas pulas untuk menjayakan Majlis yang mulia ini, barakALLAHu fikum. Syukran jazilan juga diucapkan kepada mereka yang telah mendoakan akan kelancaran dan kejayaan Majlis ini, barakALLAHu fikum.


Salam takziah sekali lagi, hamba ucapkan kepada Ustazah Nurul Izzah Khamsani beserta keluarga dari Masjid Jamiyah ar-Rabitah diatas kembali nya Nenda beliau ke RahmatiLlah ketika Majlis yang mulia ini sedang berlangsung. Begitu juga kepada hamba beserta keluarga diatas kembali nya Ibu saudara hamba ke RahmatiLlah petang tadi. Semoga ruh beliau dan ruh-ruh mereka yang telah pulang ke RahmatiLlah, Dilimpahi Rahmat dan RahimNYA, ALLAH سبحانه وتعالى dan ditempatkan bersama-sama para Nabiyyin, Shiddiqin, Syuhada`, Shalihin, Muqarrabin dan khusus nya bersama KekasihNYA, RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم. ALLAHumma amiin. al-Fatihah...


Wahai ALLAH, walaupun kami tidak pernah berada bersama dengan KekasihMU صلى الله عليه وآله وسلم, KAU Hadirkan salah seorang dari Ahlul Bait KekasihMU صلى الله عليه وآله وسلم kepada kami untuk kami mengambil barakah dan hikmah dari nya; Hubabah Halimah al-`Aydrus. Hadir nya bersama kami, terasa hadir nya KekasihMU صلى الله عليه وآله وسلم bersama kami. Wahai ALLAH, sungguh, Engkau Maha Kuasa, Maha Baik lagi Maha Penyayang.



اللهم اغفر لهم وارحمهم وعافهم واعف عنهم
برحمتك يا أرحم الراحمين
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Friday, December 18, 2009

Pelengkap



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد صلاة تنجينا بها من جميع
الأهوال وا لأفات وتقضى لنا بها جميع الحاجات وتطهرنا
بهامن جميع السيئات وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات
وتبلغنا بها أ قصى الغايات من جميع الخيرات فى الحيا ة
وبعد الممات وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Munjiyyah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






"Doa itu melengkapi amal kebajikan
sebagaimana garam melengkapi makanan."

- Abu Dzar al-Ghifari رضي الله تعالى عنه



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Thursday, December 17, 2009

Selamat Tahun Baru ♥ 1431 Hijrah



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





Kemuliaan, Keagungan, Kesucian, Keberkahan dan Pengampunan Hijrah, semoga senantiasa ALLAH سبحانه وتعالى Curahkan keatas kita; hamba-hambaNYA dan Ummat Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم. Semoga setiap Tahun, setiap bulan, setiap minggu, setiap hari, setiap jam, setiap minit, setiap saat dan setiap ketika; samada dalam keadaan senang mahupun payah, gembira mahupun duka, sihat mahupun sakit, ketika dalam keadaan ramai orang mahupun keseorangan; kita semakin dekat, semakin taat, semakin takut, semakin cinta, semakin rindu kepadaNYA ALLAH سبحانه وتعالى dan kepada KekasihNYA, Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم.


Semoga kita kembali KehadratNYA kelak dalam keadaan Diredhai dan Diterima ALLAH سبحانه وتعالى sebagai hambaNYA, dalam keadaan Diredhai dan Diakui Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم sebagai Ummat Baginda.


Wahai yang Maha Suci, Sucikanlah hati dan ruhani kami. Wahai yang Maha Lembut, Berlemah-lembutlah dalam KetetapanMU keatas diri kami. Wahai yang Maha Kaya, Kayakanlah kami dengan `ilmu, akhlaq dan rezki yang baik lagi halal. Wahai yang Maha Kuat, Kuatkanlah zahir dan batin kami untuk beribadah kepadaMU, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Kasihani dan Sayangilah diri kami hamba-hambaMU. Wahai yang Maha Memiliki Ruh dan Jasad kami, Tuntunlah setiap nafas kami menjadi nafas doa, nafas istighfar, nafas taubat, nafas dzikruLlah, nafas selawat, nafas MahabbatuLlah dan nafas MahabbaturRasul صلى الله عليه وآله وسلم.


Wahai ALLAH, wahai Tuhan kami yang tiada Tuhan melainkan Engkau, hanya kepadaMU kami titipkan diri dan keimanan kami. Wahai ALLAH, inilah doa dan hajat kami, hanya dariMU `Ijabah. Inilah semua kemampuan kami dan kepadaMU kami berserah diri, kerna sesungguh nya kami adalah MilikMU dan kepadaMU jua kami akan kembali. Tiada daya dan tiada upaya kami kecuali dengan PertolonganMU, wahai ALLAH yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.


Himbauan hamba, ayuh kita membaca doa berikut ini bersama-sama, insya`ALLAH sebentar nanti; Doa Akhir Tahun sebelum waktu Maghrib dan Doa Awal Tahun setelah waktu Maghrib. Sebelum dan sesudah nya, hamba mohon redha dan mohon ampun maaf, zahir dan batin, dunia dan Akhirat kepada antum sekalian diatas kekurangan dan kesilapan hamba selama ini; yang disengajakan mahupun tidak, yang terzahirkan mahupun tidak. Insya`ALLAH, sehingga kita bertemu lagi ditahun hadapan; 1431 Hijrah :)





اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور



ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Wednesday, December 16, 2009

Merindukan ALLAH... ♥



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل صلاة كاملة وسلم سلاما تاما على سيدنا محمد
الذى تنحل به العقد وتنفرج به الكرب وتقضى به الحوائج
تنال به الرغائب وحسن الخواتم وسيتشقى الغمام بوجهه الكريم
وعلى آله وصحبه فى كل لمحة ونفس بعدد كل معلوم لك
- Selawat at-Tafrijiyyah / Selawat an-Nariyyah / Selawat Kamilah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني و أنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك على و أبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





"Ketika malam telah larut, alam fikiranku melayang mengembara kearah kegelapan malam, fikiranku menerawang kesebuah kuburan yang kaku, gundukan tanah merah yang dingin, perut bumi yang menjadi kediamanku kelak, didalamnya tak lain cacing dan serangga pemakan bangkai, tubuhku yang tak mampu menepis binatang yang menggerogotiku dan menjadikan tubuhku sarang dan tempat bertelur, alangkah tak berdayanya tubuh ini, sahabatku meninggalkanku, anak istriku meninggalkanku, orangtuaku meninggalkanku, semua orang yang kukenal melupakanku, mereka tak mau ikut mati bersamaku, mereka tak mau tahu lagi apa yang menimpaku dikuburku, mereka tak mau walau hanya menepiskan cacing yang menggerogoti tubuhku, mereka tak perduli lagi tubuhku membusuk sedikit demi sedikit, hingga tubuhku hancur dan berbau, hingga tubuhku menjadi tulang, lalu habis musnah menjadi tanah, kemana aku akan pergi, ruhku akan melayang memenuhi panggilan Penciptaku.


Wahai ALLAH, tak ada selainMU, Engkaulah yang akan Menepiskan semua serangga yang mendekati tubuhku, akan Engkau Jaga tubuhku yang masuk dalam perut Bumi, Engkau Mendengar jeritan hatiku yang merindukanMU, maka dengarlah Wahai yang Menciptakan harapan, wahai yang Menciptakan segala kerinduan, wahai yang Menciptakan keinginan untuk mengadu, kulontarkan kalimat yang kini hampir memecahkan kalbuku, aku tak mempunyai selainMU untuk mengadu, untuk Menolong, untuk Memberi, untuk Diharapkan, untuk bergerak, untuk bernafas, untuk berucap, untuk bersuara, untuk mendengar, untuk melihat, untuk melangkah, untuk bergerak, untuk berfikir, untuk makan, untuk minum, untuk tersenyum, untuk bergembira, untuk segala-galanya, selainMU, semua yang kumiliki, dan yang tak kumilki adalah MilikMU, tubuhku MilikMU, makananku MilikMU, semua yang kulihat MilikMU, semua yang kudengar MilikMU, semua yang kuucapkan MilikMU, semua langkahku MilikMU, setiap nafasku MilikMU, setiap detik jantungku MilikMU, perasaanku MilikMU, kerinduanku MilikMU, harapanku MilikMU, kesedihanku MilikMU, kegembiraanku MilikMU...


Alangkah indahnya wahai RABB, Karena Engkau Memilikiku, Engkau Menggenggam diriku, Engkau Mengaturku, Engkau Menjagaku, Engkau Melindungiku, Engkau Mengayomiku, Engkau Melimpahkan KelembutanMU padaku, aku merindukanMU wahai ALLAH, Engkau Memanggilku agar aku dekat kepadaMU wahai ALLAH...


Wahai yang Menciptakan cinta kasih di seluruh kalbu hambaNYA, Engkau Menghendaki aku mencintaiMU wahai ALLAH, wahai yang Menciptakan lidah saling menyebut nama-nama hambaNYA, Engkau Menghendaki aku menyebut NamaMU wahai ALLAH, wahai yang Menciptakan segala yang indah, keindahan yang terlihat dan yang tak terlihat, keindahan yang terdengar dan tak terdengar, keindahan yang terucapkan dan tak terucapkan, keindahan yang terasa dan tak dapat dirasa, keindahan yang diketahui dan yang tak diketahui, keindahan yang tersaksikan dan yang tersembunyi, semua keindahan itu berasal dari KeindahanMU wahai ALLAH, maka betapa Indahnya Engkau, betapa Lembutnya Engkau...


Maka wahai Pencipta Keindahan, wahai Pencipta Kelembutan, wahai Pencipta Kasih sayang, sebagaimana Engkau Perlihatkan keindahan yang ada pada makhlukMU, sebagaimana Engkau Perlihatkan kelembutan yang ada pada makhlukMU, sebagaimana Engkau Perlihatkan kasih sayang yang ada pada makhlukMU, maka Perlihatkan padaku KeindahanMU wahai ALLAH, Perlihatkan KelembutanMU wahai ALLAH, Perlihatkan Kasih SayangMU wahai ALLAH, walau hanya berupa harapan, walau hanya berupa sangkaan, walau hanya berupa khayalan, walau hanya berupa kerinduan, walau hanya berupa keinginan, walau hanya berupa airmata, walau hanya berupa Pemberian, walau hanya berupa lamunan, walau hanya berupa Kemudahan, walau hanya berupa Pertolongan, asalkan aku mengetahui bahwa itu datang dari KelembutanMU, datang dari Kasih SayangMU, datang dari KeindahanMU...


Alangkah kecewa hamba yang hanya memiliki harapan, hamba yang hanya memiliki khayalan, hamba yang hanya memiliki lamunan, hamba yang hanya memiliki kerinduan, hamba yang hanya ingin dekat, hamba yang hanya mendambakan kelembutan, hamba yang hanya mendambakan ayoman, hamba yang hanya mendambakan kasih sayang, sedangkan modal semua harapanku hanyalah airmata, apakah ia harus dikecewakan oleh yang Maha tak Mengecewakan...


Alangkah hancur perasaannya kalau kerinduannya ditolak oleh yang Maha tak Menolak kerinduan, alangkah berkeping-kepingnya kecintaannya, bila keinginannya untuk dekat tertolak oleh yang Maha tak Menolak hambaNYA yang ingin dekat, itu semua tak ada pada DzatMU, itu semua tak ada dalam SifatMU, itu semua tak ada pada PerbuatanMU, apalagi yang membuatku tertolak sedangkan Engkau yang Maha Menerima, apalagi yang membuatku tersingkir sedangkan Engkau yang Maha Merangkul, apalagi yang membuatku terjauhkan, sedangkan Engkaulah yang Maha Mendekatkan, salahkah aku merindukanMU, sedangkan Engkaulah yang Menciptakan kerinduanku padaMU, salahkah aku menginginkan dekat padaMU, sedangkan Engkaulah yang Menciptakan keinginanku untuk dekat kepadaMU, salahkah aku merasa tenggelam dalam Samudra KelembutanMU, sedangkan Engkaulah yang Menciptakan perasaan itu dihatiku...?


Wahai ALLAH, wahai yang Menamakan DiriNYA ALLAH, wahai yang Menginginkan NamaNYA dipanggil ALLAH, wahai yang Menginginkan lidahku memanggil DzatNYA dengan panggilan ALLAH, wahai yang Menginginkan aku mengharapkanNYA dengan mengingat Nama ALLAH, wahai yang Menciptakan lidahku bergetar menyebut Nama ALLAH, wahai yang Memberikan kemampuan pada jemariku menuliskan Nama ALLAH, maka dengan KemauanMU kusebut NamaMU ALLAH, dengan KeinginanMU kurindukan Engkau ALLAH, dengan KeinginanMU aku ingin dekat kepadaMU wahai ALLAH, salahkah aku berkeinginan, salahkah aku merindukan, salahkah aku ingin dekat, sedangkan semua getaran kalbuku itu adalah KeinginanMU wahai ALLAH?





Maka sebagaimana Engkau Jadikan cacing merangkak tanpa tangan dan kaki, maka jadikan aku merangkak kepadaMU tanpa hambatan, sebagaimana Engkau jadikan anjing najis bertasbih MensucikanMU, maka jadikan aku pendosa hina yang mendambakanMU, sebagaimana Engkau Jadikan air mengalir menjadi beku, maka Jadikan harapanku mengalir kearahMU dan membeku dipintuMU, sebagaimana Engkau Jadikan gunung batu menjadi debu, maka Jadikan seluruh kesalahanku menjadi debu dihadapan KeagunganMU, sebagaimana Engkau Jadikan bumi perkasa terinjak-injak, maka jadikan hawa nafsuku terinjak-injak kerinduanku kepadaMU...


Sebagaimana Engkau Jadikan Raja berwibawa terkalahkan dan terhinakan, maka Jadikan kesombonganku terhinakan oleh KewibawaanMU, sebagaimana Engkau Jadikan sesuatu yang bergerak menjadi diam, maka jadikan tubuhku yang bergerak berubah diam dari segala yang tak Engkau Redhai, sebagaimana Engkau Jadikan semua yang ada menjadi fana, maka jadikanlah gunung dosa ini fana dalam KelembutanMU, sebagaimana Engkau Jadikan yang tak mungkin menjadi kepastian, maka jadikan semua ketidak mungkinanku untuk dekat menjadi janji kepastian." - Nukilan indah Murabbina al-Habib Munzir ibn Fuad ibn `Abdurahman al-Musawa حفظه الله تعالى



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور



اللهم أعنا على ذكرك وشكرك
وحسن عبادتك برحمتك يا أرحم الراحمين
ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة
إنك أنت الوهاب برحمتك يا أرحم الراحمين


ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Tuesday, December 15, 2009

Hijrah



بســـــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



للهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق
والخاتم لما سبق والناصر الحق بالحق
والهادي الى صراطك المستقيم صلى الله عليه
وعلى أله وأصحابه حق قدره ومقداره العظيم
- Selawat Fatih


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






"(Pemberian itu hendaklah diuntukkan) kepada orang-orang fakir yang berhijrah,
yang telah diusir keluar dari kampung halamannya dan harta bendanya
(kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam), untuk mencari Limpah Kurnia
dari ALLAH dan KeredhaanNYA, serta menolong (Agama) ALLAH dan RasulNYA;
mereka itulah orang-orang yang benar (imannya dan amalnya)."

- Surah al-Hasyr ayat 8



صــــــــدق الله العظيم



Dingin malam menusuk tulang insan
Nan kesejukan dan ketakutan
Resah yang dibalut kegelisahan
Mengiringi suatu perjalanan
Meninggalkan Kota penuh kegelapan
Menuju ke Kota Cahaya Kebenaran...


Bermulalah hijrah yang agung
Pengorbanan insan tak ternilai
Harga kepayahan kesusahan
Menempuh dugaan dan rintangan
Dalam kehidupan...


Mereka tak punya apa; harta sanak saudara
Tetapi mereka percaya hanya janji RasulNYA *
Suraqah mengejar ingin merebut dinar yang dijanjikan
ALLAH Melindungi perjalanan KekasihNYA yang tercinta... *


Debaran, debaran, debaran, hijrah ke Kota Cahaya...
Inilah sebuah hijrah yang agung...


Gua Thur menjadi saksi hijrah Kekasih ALLAH
Merpati menjadi saksi hijrah Kekasih ALLAH
Lelabah menjadi saksi hijrah Kekasih ALLAH...



Munsyid : Kumpulan Nowseeheart
* Bait-bait yang bisa membuatkan airmata mengalir


اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد
في الأرواح وعلى جسده في الأجساد
وعلى قبره في القبور



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Saturday, December 12, 2009

Perbaiki Niat Kamu



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



صلى الله على نبينا محمد كلما ذكره الذاكرون
وغفل عن ذكره الغافلون
- Selawat Imam asy-Syafi`i رحمة الله تعالى عليه


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






"Dan tetaplah memberi peringatan,
karena sesungguhnya peringatan itu
bermanfaat bagi orang-orang yang beriman."

- Surah adh-Dhariyat ayat 55



صــــــــدق الله العظيم



"Al-Habib `Abdullah bin `Alawi al-Haddad رضي الله تعالى عنه berkata : "Bekerjalah kamu sebesar kemauan kerasmu dan niatmu karena sesungguhnya besarnya pahala itu diberikan sebesar kemauan keras dan niat, bukan dilihat dari besarnya amal.


Kalau seandainya Khazanah Pemberian ALLAH itu cuman dipenuhi oleh amalan ibadah, dan jika diambil satu saja dari Malaikat yang amalannya selalu bersujud (kepada ALLAH) semenjak dunia ini Tercipta sampai hari Kiamat, bahkan Malaikat yang lain (berbuat seperti itu) dalam satu raka`at, sedangkan ALLAH Memberikan Karunia kepada mereka para Malaikat untuk selalu mengingatNYA sebagaimana yang telah dimaklumi dari keadaan-keadaan para Malaikat tersebut, maka sebesar apakah amalmu (dibandingkan mereka)? Oleh karenanya, besar tidaknya suatu pahala hanya dapat diukur dengan seberapa besar niatnya itu.


Adakalanya suatu amalan yang kecil
dapat bernilai besar karena niatnya,
Adakalanya suatu amalan yang besar
dapat bernilai kecil karena niatnya...


Barangsiapa yang mengaku bahwa niatnya itu baik, maka seharusnya ia melihat kepada amalnya, karena setiap amalan pasti akan merujuk kepada niatnya. Jika amalnya baik, maka hal itu menunjukkan bahwa niatnya juga baik. Jika amalnya jelek, maka hal itu menunjukkan bahwa niatnya juga jelek.


Jika kamu berbuat suatu kebaikan, maka niatkanlah untuk bisa berbuat lagi seperti itu. Jikapun kamu tidak bisa berbuat lagi seperti itu, maka kamu sudah diganjar atas niatmu. Begitu juga jika kamu tidak bisa berbuat (suatu kebaikan), maka niatkanlah (untuk bisa berbuat)." - Sumber



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Friday, December 11, 2009

اللهــــم أجعلنا منــــهم



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang senantiasa tenang
tetap dengan kepercayaan dan bawaan baik nya! Kembalilah kepada Tuhanmu
dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala ni`mat yang diberikan)
lagi Diredhai (di sisi Tuhanmu)! Serta masuklah engkau dalam kumpulan
hamba-hambaKU yang berbahagia dan masuklah ke dalam SyurgaKU!"

- Surah al-Fajr ayat 27 - 30



صــــــــدق الله العظيم



"Orang yang Dicintai ALLAH سبحانه وتعالى itu sentiasa berada dalam NaunganNYA, sehingga segala gerak-gerinya diarahkan kepada segala perbuatan yang DiredhaiNYA semata. Sebab ALLAH سبحانه وتعالى tidak ingin kita melakukan yang mungkar, padahal hawa nafsu kita pula sangat cenderung kepada yang mungkar. Hanya orang yang Dirahmati Tuhannya akan terselamat dari angkara hawa nafsu, dan mereka itulah orang-orang yang berada dalam Perlindungan ALLAH سبحانه وتعالى dan NaunganNYA. Dan orang yang berada dalam Naungan ALLAH adalah orang yang DicintaiNYA, sedang orang yang DicintaiNYA itu tentu sudah menunaikan segala kewajipannya dengan sempurna. Kemudian ditambahnya lagi dengan amal-amal kebajikan secara sukarela. Segala Anjuran ALLAH dilaksanakannya dengan penuh redha dan syukur. Segala anggotanya akan tertarik untuk melakukannya, sedang hatinya merasa lapang dan tenang.


Kemudian ALLAH سبحانه وتعالى Menyatakan bahawa segala yang dipinta oleh hambaNYA yang Dicintai itu akan DiberiNYA, dan segala yang didoakan pula akan DikabulkanNYA. Maka kerana itu kita dianjurkan minta didoakan oleh orang-orang Shalih dan orang-orang yang dekat kepada ALLAH سبحانه وتعالى. Cara ini sangat digalakkan kerana kemungkinan besar doa itu Dikabulkan ALLAH berkat keshalihan hambaNYA. Rahmat ALLAH سبحانه وتعالى amat luas. DIA tidak perlu Menahan Pemberian atau PengabulanNYA kepada sesiapa pun. Malah kalau kita tidak meminta pun, DIA tetap Memberi. Apatah lagi orang yang meminta, lebih-lebih lagi jika yang meminta itu para KekasihNYA, para WaliNYA dan para Shalihin dari hamba-hambaNYA. ALLAH سبحانه وتعالى telah Berfirman dalam Al-Quran menyatakan bahawa para WaliNYA tiada bimbang dan tiada dukacita bagi mereka. Segala apa yang mereka inginkan, semuanya ada di sisi Tuhan mereka. Harus kita memberikan keyakinan kita terhadap Wali ALLAH dan orang-orang Shalih.


Akhir sekali, ALLAH سبحانه وتعالى Menyatakan bahawa DIA tiada teragak-agak untuk memutuskan sesuatu perkara seperti Teragak-agakNYA untuk Meregut nyawa hambaNYA yang Wali kerana Wali ALLAH itu adalah KekasihNYA, sedang perlakuan terhadap Kekasih-KekasihNYA mestilah segala yang menggembirakan dan menyenangkan. Ini adalah suatu gambaran kemuncak dari Kasih Sayang Tuhan terhadap hambaNYA. Sebab hamba itu bencikan mati, Kata ALLAH, sedangkan ALLAH tidak ingin Menyakiti hati KekasihNYA untuk Mewafatkannya. Lantaran mati itu adalah satu ketetapan yang pasti berlaku dan tidak dapat dielakkan, kerana mati itu adalah pintu untuk memasuki kehidupan yang kedua, iaitu kehidupan abadi yang Dijanjikan Tuhan.


Memang para Nabi dan Rasul, sebelum Diwafatkan oleh ALLAH سبحانه وتعالى, Diberikan kepada mereka terlebih dahulu, sama ada ingin terus hidup di dunia atau mati. Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم tatkala diberi pilihan ini, Baginda mengatakan "Ila Rafiqil A`la", yakni memilih untuk berangkat kepada Kekasih Yang Tertinggi, iaitu ALLAH سبحانه وتعالى."
- Sumber


اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد
في الأرواح وعلى جسده في الأجساد
وعلى قبره في القبور




بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

O ALLAH, Make YOUR Love Dearer To Me Than Myself, My Family, My Wealth & Dearer To Me Than Cool Water To A Thirsty Wayfarer - Prophet Daud عليه السلام



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد عدد ما في علم الله
صلاة دائمة بدوام ملك الله
- Selawat as-Sa`adah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






A wise woman who was traveling in the mountains found a precious stone in a stream.


The next day she met another traveler who was hungry, and the wise woman opened her bag to share her food. The hungry traveler saw the precious stone and asked the woman to give it to him. She did so without hesitation.


The traveler left, rejoicing in his good fortune. He knew the stone was worth enough to give him security for a lifetime.


But, a few days later, he came back to return the stone to the wise woman. "I`ve been thinking," he said. "I know how valuable this stone is, but I give it back in the hope that you can give me something even more precious. Give me what you have within you that enabled you to give me this stone."




Sometimes it`s not the wealth you have
but what`s inside you that others need...

- Author : Unknown



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Wednesday, December 9, 2009

Tiga Hal Manisnya Iman - Mesti Lihat!



بســـــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



للهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق
والخاتم لما سبق والناصر الحق بالحق
والهادي الى صراطك المستقيم صلى الله عليه
وعلى أله وأصحابه حق قدره ومقداره العظيم
- Selawat Fatih


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





Taushiyah dari Habibana Munzir ibn Fuad Almusawa حفظه الله تعالى yang telah disampaikan di Masjid al-Munawar, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 07hb December 2009M. Qasidah penutup : Ya ArhamarRohimin. Insya`ALLAH, ziarahi hamba juga di Vimeo.


Semoga ALLAH سبحانه وتعالى Melimpahkan Kesembuhan pada Habibana dan sesiapa yang sedang diuji dengan kesihatan mereka, dengan Kesembuhan yang sempurna, `afiah kamilah yang Berlimpah untuk mereka Pengampunan atas segala dosa dan Dipanjangkan usia mereka dengan kebahagiaan. Amiin ALLAHumma amiin. Biniyyat Syifa` yang sempurna untuk Habibana dan mereka semua wa `ilaa hadratin Nabi صلى الله عليه وسلم, al-Fatihah....


^ Siaran langsung Majlis Ta`lim bersama Habibana adalah pada setiap hari Isnin bermula pada pukul 10.00 malam; waktu Singapura. Antum bisa mendengar nya melalui Lelaman Habibana ataupun Lelaman ASWAJA (Radio). Majlis Ta`lim akan dimulakan dengan bacaan Maulid Addhiya`Ullami kemudian diikuti dengan Pengajian Hadiths bimbingan Habibana, dan diakhiri dengan dzikr, qasidah serta doa munajat.



Jakarta Menyambut Guru Mulia

Pengumuman : Majelis RasuluLlah صلى الله عليه وسلم
Gambar : HabibTour.com.au





بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Tuesday, December 8, 2009

Syaitan Itu Mencari Sahabat²nya & ALLAH Menjaga Kekasih²NYA - Habib Umar Ibn Hafiz







بســـــــم الله الرحمان الرحيم


"Dan katakanlah : * "Ya Tuhanku,
aku berlindung denganMU dari bisikan-bisikan syaitan.
Dan aku berlindung pula denganMU ya Tuhanku,
dari kedatangan mereka kepadaku."

- Surah al-Mu`min (al-Ghafir) ayat 97 - 98



صــــــــدق الله العظيم


* Ayat-ayat yang Mulia ini juga terdapat di dalam Wirdul Latif.
Semoga kita tergolong bersama hamba-hambaNYA yang Dilindungi dan DikasihiNYA.
Amiin ALLAHumma amiin.



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Saturday, December 5, 2009

Menghitung Diri...







بســـــــم الله الرحمان الرحيم


"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada ALLAH (dengan mengerjakan
SuruhanNYA dan meninggalkan LaranganNYA) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat
dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (dari amal-amal nya) untuk hari esok
(hari Akhirat) dan (sekali lagi diingatkan) : Bertaqwalah kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH Amat Meliputi PengetahuanNYA akan segala yang kamu kerjakan."

- Surah al-Hasyr ayat 18



صــــــــدق الله العظيم

Thursday, December 3, 2009

Semakin Rindu Padamu Wahai Kekasih ALLAH صلى الله عليه وسلم



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





"Kutinggalkan sunnah Nabi yang sepanjang malam
Beribadah hingga kedua kakinya bengkak dan keram

Nabi yang karena lapar mengikat pusarnya dengan batu
Dan dengan batu mengganjal perutnya yang halus itu

Kendati gunung emas menjulang menawarkan dirinya
la tolak permintaan itu dengan perasaan bangga

Butuh harta namun menolak, maka tambah kezuhudannya
Kendati butuh pada harta tidaklah merusak kesuciannya

Bagaimana mungkin Nabi butuh pada dunia
Padahal tanpa dirinya dunia takkan pernah ada

Muhammadlah Pemimpin dunia akherat
Pemimpin jin dan manusia, bangsa Arab dan non Arab

Nabilah Pengatur kebaikan pencegah mungkar
Tak satu pun setegas ia dalam berkata ya atau tidak

Dialah Kekasih ALLAH yang syafa`atnya diharap
Dari tiap ketakutan dan bahaya yang datang menyergap

Dia mengajak kepada Agama ALLAH yang lurus
Mengikutinya berarti berpegang pada tali yang tak terputus

Dia mengungguli para Nabi dalam budi dan rupa
Tak sanggup mereka menyamai `ilmu dan kemuliaannya

Para Nabi semua meminta dari dirinya
Seciduk lautan kemuliaannya dan setitik hujan `ilmunya

Para Rasul sama berdiri di puncak mereka
Mengharap setitik `ilmu atau seonggok hikmahnya

Dialah Rasul yang sempurna batin dan lahirnya
Terpilih sebagai Kekasih ALLAH Pencipta manusia

Dalam kebaikanya, tak seorang pun menyaingi
Inti keindahannya takkan bisa terbagi-bagi

Jauhkan baginya yang dikatakan Nasrani pada Nabinya
Tetapkan bagi Muhammad pujian apapun kau suka

Nisbatkan kepadanya segala kemuliaan sekehendakmu
Dan pada martabatnya segala keagungan yang kau mau

Karena keutamaannya sungguh tak terbatas
Hingga tak satupun mampu mengungkapkan dengan kata

Jika mukjizatnya menyamai keagungan dirinya
Niscaya hiduplah tulang belulang dengan disebut namanya

Tak pernah ia uji kita dengan yang tak diterima akal
Dari sangat cintanya, hingga tiada kita ragu dan bimbang

Seluruh mahluk sulit memahami hakikat Nabi
Dari dekat atau jauh, tak satu pun yang mengerti

Bagaikan matahari yang tampak kecil dari kejauhan
Padahal mata tak mampu melihatnya bila berdekatan

Bagaimana seseorang dapat ketahui hakikat Sang Nabi
Padahal ia sudah puas bertemu dengannya dalam mimpi

Puncak Pengetahuan tentangnya ialah bahwa ia manusia
Dan ia adalah sebaik baik seluruh Ciptaan ALLAH

Segala mukjizat para Rasul mulia sebelumnya
Hanyalah pancaran dari cahayanya kepada mereka

Dia matahari keutamaan dan para Nabi bintangnya
Bintang hanya pantulkan sinar mentari menerangi gulita

Alangkah mulia paras Nabi yang dihiasi pekerti
Yang memiliki keindahan dan bercirikan wajah berseri

Kemegahannya bak bunga, kemuliaannya bak purnama
Kedermawanannya bak lautan, kegairahannya bak sang waktu

la bagaikan dan memang tiada taranya dalam keagungan
Ketika berada di sekitar pembantunya dan di tengah pasukan

Bagai mutiara yang tersimpan dalam kerangnya
Dari kedua sumber, yaitu ucapan dan senyumannya

Tiada keharuman melebihi tanah yang mengubur jasadnya
Beruntung orang yang menghirup dan mencium tanahnya."



- Petikan bait-bait Syair kitab Burdah, karya al-Imam al-Bushiri رحمة الله تعالى عليه.
Antum bisa rujuk Bab ketiga : Puji-Pujian Kepada Baginda RasuluLlah صلى الله عليه وسلم



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Wednesday, December 2, 2009

Keindahan Dhohir & Bathin



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده


اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الرؤوف الرحيم
ذي الخلق العظيم وعلى آله وأصحابه وأزواجه
في كل لحظة عدد كل حادث وقديم

- Selawat ar-Ra`uf ar-Rahim


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





"Hakikat kecantikan adalah :
Bibir yang berhias Kejujuran,
Mata yang berhias Kasih sayang,
Tangan yang berhias sikap Derma,
Tubuh yang berhias sikap Santun,
dan Hati yang diwarnai Keikhlasan."

- Hamba ALLAH



"Ketahuilah bahwa keindahan dan kebagusan dalam diri insan terbagi dua : dhohir dan bathin. Dan keindahan bathin (hati) itulah yang terpuji dari dzatnya sendiri, itulah keindahan dan kebagusan `ilmu, keluasan akal, kemurahan, dermawan dan keberanian. Dan keindahan hati seseorang inilah yang menjadi tempat tumpuan Pandangan ALLAH سبحانه وتعالى dan tempat KecintaanNYA pada si hamba tersebut. Sebagaimana tertera dalam sebuah hadiths :
"Sesungguhnya ALLAH tidaklah Memandang kepada (keindahan) bentuk tubuh kalian dan tidak pula harta kekayaan kalian, akan tetapi ALLAH Memandang kepada hati-hati kalian dan amal-amal (ibadah) kalian". - Hadiths Riwayat Imam Muslim رحمة الله تعالى عليه


Dan keindahan bathin (hati) ini justru akan memancarkan keindahan dhohir dan menghiasinya sekalipun dia tidak terlalu tampan atau cantik, maka keindahan dan kebersihan hati itulah yang akan menyelimuti dirinya dengan keindahan dan wibawa serta kemanisan dan keelokan saat dipandang mata, sebab si mukmin akan diberikan kewibawaan dan kemanisan sesuai dengan derajat keimanannya, maka siapa yang memandangnya akan merasa kagum dan siapa yang berkumpul dengannya akan mencintainya. Dan hal ini terlihat nyata dalam kehidupan ini. Maka kamu lihat seorang yang sholeh atau solehah yang akhlaqnya mulya akan tampak indah dan manis sekalipun dia hitam atau tidak tampan (cantik), lebih-lebih jika dia membiasakan untuk sholat Tahajjud (Qiyamul Lail), sebab sesungguhnya Qiyamul Lail itu memberikan cahaya pada wajah dan menjadikannya indah.


Dahulu banyak para wanita sering Qiyamul Lail, ketika dikatakan kepada mereka apa sebabnya, mereka berkata :
"Sholat Tahajjud itu memperindah wajah dan memberinya cahaya, maka akupun ingin supaya wajahku indah (cantik) karenanya".


Dan sudah pasti kita ketahui betapa keindahan bathin (hati) itu jauh lebih baik dan lebih utama daripada keindahan luar (dhohir), dan hati seseorang pasti akan memulyakan, menghargai, condong serta mencintai orang yang indah bathinnya.






Adapun keindahan dhohir (kebagusan dan keelokan wajah) itu adalah juga sebagai hiasan yang ALLAH Khususkan kepada hamba yang DikehendakiNYA, itulah anugerah ALLAH yang harus disyukuri, maka semua Anbiya` dan khususnya Nabi kita Muhammad صلى الله عليه وسلم adalah pilihan ALLAH, sehingga beliau diberikan keindahan bathin dan dhohir yang luar biasa, ketampanannya mengungguli ketampanan Nabi Yusuf عليه السلام, akhlaqnya yang luhur Dipuji langsung oleh ALLAH. Sehingga seorang sahabat menyifati beliau صلى الله عليه وسلم dengan mengatakan : "Wajah Nabi ibarat rembulan di saat purnama", yang lain mengatakan : "Seakan-akan terdapat matahari yang berjalan di wajah RasuluLlah صلى الله عليه وسلم (saking bercahayanya wajah beliau)", yang lain pula berkomentar : "Aku belum pernah melihat seseorang yang sama seperti beliau (dari sisi akhlaq dan ketampanannya)". Dan begitu pula para sahabat dan ahlu bait (keturunan) beliau صلى الله عليه وسلم, mereka diberikan anugerah keindahan dhohir pula. Maka bersyukurlah.


Sebagaimana keindahan bathin adalah paling besarnya nikmat ALLAH سبحانه وتعالى kepada hambaNYA, maka begitupula ketampanan dan keelokan paras juga nikmat dari ALLAH yang wajib disyukuri, maka jika ketampanan (kecantikan) itu disyukurinya dengan menjaganya dan bertaqwa kepada ALLAH maka akan Bertambahkan keindahannya, tetapi jika kecantikannya dipergunakan untuk maksiat kepadaNYA, agar dipuji dan dipuja orang, agar disenangi banyak lawan jenisnya, maka ALLAH akan Membalik dan Mengganti kecantikan itu dengan keburukan dan kejelekan yang nyata didunia sebelum di akhirat. Sehingga sekalipun dhohirnya cantik/tampan tapi orang tidak suka memandangnya bahkan menjauhinya, atau yang mengawaninya hanya mereka yang sama sepertinya.


Maka dalam banyak kesempatan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم senantiasa menasehati para sahabatnya agar mereka memperbaiki akhlaq dan hati mereka, sehingga terkumpullah pada diri mereka keindahan dhohir dan bathin, bahkan jika kita bercermin disunnahkan untuk membaca doa:
"Ya ALLAH, sebagaimana Engkau telah Memperindah rupaku (tubuhku) maka indahkanlah akhlaq (budi pekertiku)."


Seorang ahli hikmah berkata :
"Hendaknya manusia itu setiap harinya berkaca, maka jika dia melihat ALLAH Memberikan ketampanan/kecantikan pada dirinya maka jangan dikotori dan dilumuri dengan perbuatan atau akhlaq yang jelek."" - Sumber


اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Bersedekah Dari Usaha Yang Baik - Mesti Lihat!



بســـــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



للهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق
والخاتم لما سبق والناصر الحق بالحق
والهادي الى صراطك المستقيم صلى الله عليه
وعلى أله وأصحابه حق قدره ومقداره العظيم
- Selawat Fatih


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





Taushiyah dari Habibana Munzir ibn Fuad Almusawa حفظه الله تعالى yang telah disampaikan di Masjid al-Munawar, Jakarta, Indonesia pada hari Isnin, tanggal 30hb November 2009M. Qasaid penutup : Selawat Badr (Badriyyah) dan Ya ArhamarRohimin. Insya`ALLAH, ziarahi hamba juga di Vimeo.


^ Siaran langsung Majlis Ta`lim bersama Habibana adalah pada setiap hari Isnin bermula pada pukul 10.00 malam; waktu Singapura. Antum bisa mendengar nya melalui Lelaman Habibana ataupun Lelaman ASWAJA (Radio). Majlis Ta`lim akan dimulakan dengan bacaan Maulid Addhiya`Ullami kemudian diikuti dengan Pengajian Hadiths bimbingan Habibana, dan diakhiri dengan dzikr, qasidah serta doa munajat.



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Monday, November 30, 2009

أن اشكر لي ولوالديك إلى المصير



بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها
وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها
وعلى آله وصحبه وسلم

- Selawat Syifa` / Thibbul Qulub


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






"...Bersyukurlah kepadaKU dan kepada dua orang Ibu Bapakmu,
hanya kepadaKUlah kembalimu."

- Surah Luqman ayat 14



صــــــــدق الله العظيم



Puji dan Syukur yang tidak terhingga hamba rafa`kan kehadratNYA ALLAH `Azzawajalla diatas segala Limpahan KurniaanNYA zahiran wa batinan, secara sedar mahupun tidak. Tiada daya dan upaya kami kecuali dengan PertolonganMU ya ALLAH ya Tuhan kami, yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Dengan IzinNYA jualah, pada tanggal 30hb November `09; hari ini, genaplah usia 31 Tahun Perkahwinan Ayahbundaku yang Dimuliakan lagi Dikasihi ALLAH `Azzawajalla.


Semoga mereka Dipanjangkan usia dalam keimanan dan ketaqwaan kepadaNYA ALLAH `Azzawajalla dan sihat senantiasa dalam Rahmat, `Inayah, Kasih Sayang dan Cahaya KeredhaanNYA ALLAH `Azzawajalla dan RasuluLlah ShalALLAHu `alaihiwasalam. Semoga mereka senantiasa dalam Kemuliaan, Ketenangan, Kebahagiaan dunia dan Akhirat, zahiran wa batinan. Amiin ya ALLAH, ya Rabb, ya Rahman, ya Rahim, ya Hayyu, ya Qayyum, ya Dzal Jalali wal Ikram. Semoga antum juga sudi untuk mendoakan kesejahteraan mereka berdua dunia dan Akhirat. BarakALLAHu fikum.


"Wahai ALLAH, Sucikanlah bacaan al-Quran yang kami baca, Terimalah solat yang kami tunaikan, Redhailah perbuatan baik yang kami kerjakan, dan Tumbuhkanlah harta yang kami sedekahkan.


Wahai ALLAH, kami memohon kepadaMU agar Engkau Menjadikan bahagian mereka dari hal itu lebih besar dari bahagian kami, bahagian yang mereka terima dari kami lebih banyak dibandingkan bahagian kami, bahagian mereka dari pahala nya lebih Melimpah dibandingkan bahagian kami. Kerna, sesungguh nya Engkau telah Memesankan kepada kami untuk berbakti kepada mereka dan Menyuruh kami untuk berterima kasih kepada mereka. Engkaulah yang paling Berhak untuk Menerima bakti dari orang-orang yang berbakti, dan yang paling Berhak untuk Dihubungi (dalam segala hal) oleh orang-orang yang Diperintahkan." - Doa Birrul Walidain



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور


ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة
إنك أنت الوهاب برحمتك يا أرحم الراحمين

اللهم اغفر لنا ولوالدينا وللمسلمين والمسلمات
والمؤمنين والمؤمنات الاحياء منهم والاموات
برحمتك يا أرحم الراحمين

اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك
برحمتك يا أرحم الراحمين


سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

Sunday, November 29, 2009

Taubat Seorang Hamba



بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل على سيدنا محمد عدد ما في علم الله
صلاة دائمة بدوام ملك الله
- Selawat as-Sa`adah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





Dia (Abu Bakr ibnul Harawi رحمة الله تعالى عليه) pergi ke Masjid.
Solat di Masjid, menangis kepada ALLAH :
"Ya ALLAH, kalau satu dosa sahja bisa membuat Engkau Murka, bagaimana dengan semua dosa yang telah aku perbuat?
Ya RABB, jika satu dosa sahja bisa membuat aku tergelincir
ketika melintas "Shiratal Mustaqim",
lantas bagaimana dengan semua dosa yang telah aku perbuat?
Ya ALLAH, jika satu dosa sahja bisa membuat Engkau Murka,
bagaimana dengan keseluruhan dosa?
Ya ALLAH, Sisakan untuk aku waktu...
Sisakan untuk aku waktu dimana Engkau Layak
untuk Menghapuskan seluruh dosa-dosaku."
- Sedutan dari Taushiyah al-Fadhilah Ustazah Halimah al-`Aydrus yang telah disampaikan
di Masjid al-Falah, Singapura, semasa kunjungan da`wah beliau pada bulan Jun yang lalu.
[dengar / muat-turun]



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Saturday, November 28, 2009

Doa Yang Indah



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد
وعلى آله عدد نعم الله وإفضاله
- Selawat al-In`am


اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني و أنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك على و أبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar



الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته





"Dan berucaplah dengan lisan dan hati kalian setiap saat nya, dalam aktifitas maupun diam :
"Ya ALLAH, Karunialah aku Kesempurnaan
dalam melaksanakan ajaran Nabi صلى الله عليه وسلم;
dhahir maupun bathin, dalam keadaan sehat dan selamat,
dengan RahmatMU, wahai Zat Yang Maha Pengasih.""
- Taushiyah al-Imam Habib `AbduLlah ibn Husein bin Thahir al-`Alawi رحمة الله تعالى عليه



بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
الله تعالى أعلم بالصواب والحمد لله رب العالمين

Thursday, November 26, 2009

إنك سميع قريب




الله اكبر الله اكبر الله اكبر لا إله إلاَّ الله
الله اكبر الله اكبر الله اكبر والله الحمد


بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل صلاة كاملة وسلم سلاما تاما على سيدنا محمد
الذى تنحل به العقد وتنفرج به الكرب وتقضى به الحوائج
تنال به الرغائب وحسن الخواتم وسيتشقى الغمام بوجهه الكريم
وعلى آله وصحبه فى كل لمحة ونفس بعدد كل معلوم لك
- Selawat at-Tafrijiyyah / Selawat an-Nariyyah / Selawat Kamilah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني و أنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك على و أبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar






ALLAHumma ya ALLAH ya Tuhan kami,
Kami bersyukur kepadaMU ya ALLAH diatas ni`mat
Iman dan Islam yang telah Engkau Anugerahkan kepada kami…
Golongkanlah kami bersama-sama golongan orang-orang
Yang sentiasa mensyukuri akan Ni`matMU ya ALLAH…


ALLAHumma ya ALLAH ya Tuhan kami,
Ampunkanlah segala dosa-dosa kami ya ALLAH,
Ampunkanlah segala dosa-dosa kedua Ibu-Bapa kami,
Rahmatilah mereka ya ALLAH serta Kasihanilah mereka berdua
Sebagaimana mereka mengasihani kami semasa kami kecil…



ALLAHumma ya ALLAH ya Tuhan kami,
Ampunkanlah segala dosa-dosa Guru-Guru kami,
Ampunkanlah segala dosa-dosa Jiran-Tetangga kami,
Ampunkanlah segala dosa-dosa Saudara-Mara kami,
Ampunkanlah segala dosa-dosa Sahabat-Handai kami,
Ampunkanlah segala dosa-dosa sekelian Muslimin dan Muslimat,
Mu`minin dan Mu`minat yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.


ALLAHumma ya ALLAH ya Tuhan kami,
Rahmatilah kami dengan al-Quran, Syafa`atkanlah kami dengan al-Quran,
Ampunkanlah segala dosa-dosa kami dengan Syafa`at al-Quran ya Rahim…


ALLAHumma ya ALLAH ya Tuhan kami,
Matikanlah kami sekelian dalam keadaan Husnul Khatimah
Di akhir kalimah لا إله إلاَّ الله
Matikanlah kami ya ALLAH dalam Iman dan Islam…


ALLAHumma ya ALLAH ya Tuhan kami,
Jadikanlah kubur kami satu taman daripada taman-taman SyurgaMU ya ALLAH…
Dengan barakah `ilmu serta amalan yang telah kami lakukan selama ini ya ALLAH…


ALLAHumma ya ALLAH ya Tuhan kami,
Cahayakanlah kubur kami dengan cahaya al-Quranul Kareem..
Cahayakanlah kubur kami dengan cahaya `ilmu dan amal ya ALLAH…
Cahayakanlah kubur kami dengan cahaya DzikruLlah..
Cahayakanlah kubur kami dengan cahaya Selawat ya ALLAH…


ALLAHumma ya ALLAH ya Tuhan kami,
Kami memohon kepadaMU ya ALLAH
Agar kami dapat hidup kembali setelah mati…
Dan kami memohon kepadaMU ya ALLAH
Kelazatan dalam memandang kepada WajahMU ya ALLAH
Serta kerinduan untuk bertemu denganMU ya Rahim
Tanpa mendapatkan bahaya yang mengancam
Ataupun malapetaka yang menyesatkan…


ALLAHumma ya ALLAH ya Tuhan kami,
Kumpulkanlah kami di padang Mahsyar nanti bersama-sama
Junjungan kami Nabi Muhammad ShalALLAHu`alaihiwasalam…
Permudahkanlah hari Penghisapan kami ya ALLAH…
Permudahkanlah bagi kami untuk mendapat buku amalan kami
Daripada tangan Kanan kami ya ALLAH…
Permudahkanlah bagi kami untuk mendapat Syafa`at
RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam ya ALLAH…
Permudahkanlah bagi kami untuk mendapat Syafa`at al-Quranul Kareem…
Permudahkanlah bagi kami untuk mendapat Naungan `ArasyMU ya Rahim…


ALLAHumma ya ALLAH ya Tuhan kami,
Permudahkanlah bagi kami untuk melintasi "Shiratal Mustaqim"…
Janganlah kami digelincirkan kedalam nerakaMU ya ALLAH…
Masukanlah kami kedalam SyurgaMU ya ALLAH,
Masukanlah kami kedalam SyurgaMU ya ALLAH,
Masukanlah kami kedalam SyurgaMU ya ALLAH,
Bersama-sama orang-orang yang telah Engkau pilih
Serta yang telah Engkau beri Ni`mat daripada kalangan para Nabiyyin,
Siddiqin, Syuhada` dan Shalihiin dengan barakah
Nabi Muhammad ShalALLAHu`alaihiwasalam…


ALLAHumma ya ALLAH ya Tuhan kami,
Jadikanlah kami Ummat nya yang terpilih ya ALLAH…
Jadikanlah kami Ummat nya yang terpilih ya ALLAH…
Jadikanlah kami Ummat nya yang terpilih ya ALLAH…
Untuk memasuki barisan pertama daripada golongan ahli Syurga…


ALLAHumma ya ALLAH ya Tuhan kami,
Panjangkanlah umur kami didalam ketaatan kepadaMU ya ALLAH…
Agar dapat kami melakukan amalan-amalan kebajikan Ya Rahim…
Peliharalah kesihatan kami ya ALLAH dalam keadaan sihat wal`afiat…
Jauhkanlah kami dari segala penyakit serta musibah ya ALLAH…
Luaskanlah rezki yang Halal dan baik kepada kami ya ALLAH
Untuk kami melakukan amalan-amalan Sadaqah Jariah
Dan untuk kami melakukan ibadah Haji dan Umrah ya ALLAH…


ALLAHumma ya ALLAH ya Tuhan kami,
Jadikanlah kami anak-anak yang berIman dan berTaqwa ya ALLAH…
Jadikanlah kami anak-anak yang Shalih dan Shalihah ya ALLAH…
Jadikanlah sekelian zuriat serta keturunan kami orang-orang yang Mutaqqin,
Jadikanlah ahli keluarga kami orang-orang yang taat melakukan ibadah,
Jadikanlah ahli keluarga kami ya ALLAH, orang-orang yang taat mendirikan Solat...


ALLAHumma ya ALLAH ya Tuhan kami,
Tunjukilah kami ke jalan yang lurus ya ALLAH…
Pimpinlah kami ya ALLAH ke jalan yang Engkau Redhai…
Selamatkanlah kami serta ahli keluarga kami
Daripada segala bisikan serta hasutan syaithan…
Jauhkanlah kami daripada segala maksiat ya ALLAH…
Daripada maksiat yang zahir dan maksiat yang batin ya ALLAH…
Kami bermohon kepadaMU ya ALLAH
Agar diterima taubat kami dengan taubatan Nasuha…


ALLAHumma ya ALLAH ya Tuhan kami,
Selamatkanlah kami serta ahli keluarga kami
Daripada azab api nerakaMU ya ALLAH…
Rahmatilah kami ya ALLAH dan lindungilah kami ya ALLAH
Daripada segala fitnah akhir zaman ini ya ALLAH
Dan jauhkanlah kami daripada fitnah mati
Serta daripada fitnah masihi dajjal ya ALLAH…


ALLAHumma ya ALLAH ya Tuhan kami,
Jadikanlah segala `ilmu yang kami pelajari, `ilmu yang bermanfaat ya ALLAH…
Agar dapat kami amalkan nya ya ALLAH yang ia menjadi berkalan bagi kami
Di dunia mahupun di akhirat nanti ya ALLAH.…
Berkatilah kami ya ALLAH dengan cahaya `ilmu…
Golongkanlah kami dengan orang-orang
Yang beristiqamah didalam mempelajari `ilmu…
Jadikanlah majlis `ilmu yang kami hadir selama ini ya ALLAH,
Majlis yang bermanfaat bagi kami ya ALLAH,
Majlis yang akan menjadi saksi bagi kami di akhirat nanti ya ALLAH,
Majlis yang diberkati olehMU serta para MalaikatMU ya Rahim…


ALLAHumma ya ALLAH ya Tuhan kami,
Terimalah sekelian amalan-amalan
Yang telah kami lakukan selama ini ya ALLAH…
Jauhkanlah amalan kami daripada sifat ria`, hasad dengki,
Sombong dan takabbur ya ALLAH…


ALLAHumma ya ALLAH ya Tuhan kami,
Tunjukilah kami jalan keluar untuk setiap masalah yang berlaku keatas diri kami
Dan juga ahli keluarga kami ya ALLAH serta Ummat Islam seluruh nya ya Rahim…



ALLAHumma ya ALLAH ya Tuhan kami,
Saudara-saudara kami yang ketika ini sedang berada di Tanah SuciMU,
Kembalikanlah mereka dengan ibadah haji yang mabrur,
sa`i yang masykur dan amalan-amalan shalih yang makbul.
Kurniakanlah mereka istiqamah dalam ketaatan dan kebajikan
sehingga nafas yang terakhir, sehingga mereka kembali kehadratMU ya ALLAH...


ALLAHumma ya ALLAH ya Tuhan kami,
Diantara kami yang sedang dalam kesakitan, Engkau Sembuhkanlah, ya ALLAH...
Diantara kami yang sedang dalam kelemahan, Engkau Kuatkanlah, ya ALLAH...
Diantara kami yang sedang dalam kejahilan, Engkau Ajarkanlah, ya ALLAH...
Diantara kami yang sedang dalam kemiskinan, Engkau Kayakanlah, ya ALLAH...
Diantara kami yang sedang dalam kesusahan, Engkau Permudahkanlah, ya ALLAH...
Diantara kami yang sedang dalam kesempitan, Engkau Luaskanlah, ya ALLAH...
Diantara kami yang sedang dalam permusuhan, Engkau Leraikanlah, ya ALLAH...
Diantara kami yang sedang dalam bebanan hutang, Engkau Lunaskanlah, ya ALLAH...
Diantara kami yang belum mempunyai Zuriat,
Engkau Kurniakanlah mereka Zuriat yang Shalih dan Shalihah, ya ALLAH...
Diantara kami yang belum dipertemukan Pasangan Hidup,
Engkau Pertemukanlah mereka dengan hambaMU yang Beriman, ya ALLAH...
Diantara kami yang ada hajat dunia dan Akhirat, Engkau Kabulkanlah ya ALLAH…



ALLAHumma ya ALLAH ya Tuhan kami,
Kurniakanlah kepada kami RahmatMU dan berilah Pertunjuk dari sisiMU,
Dan Janganlah Engkau Palingkan hati kami setelah Engkau beri Pertunjuk kepada kami,
Kurniakanlah kepada kami Limpahan Rahmat dari SisiMU, sesungguh nya Engkau Maha Pemberi.
Kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat
Serta peliharalah kami ya ALLAH dari azab api neraka
Dengan RahmatMU wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Dan sesungguh nya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Dekat...



اللهم صل على سيدنا محمد
وأنزله المنزل المقرب منك يوم القيامة
اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور



ربنا تقبل دعاءنا إنك أنت السميع العليم
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم
دعواهم فيها سبحانك اللهم وتحيتهم فيها سلام
وآخر دعواهم أن الحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب